Utusan Borneo (Sarawak)

Guru besar cipta perisian kenal pasti kelemahan pelajar

-

KUANTAN: Seorang guru besar berjaya mencipta sistem perisian dipanggil Smartreker yang berupaya mengenal pasti kelemahan dan meningkatk­an prestasi pelajar dalam proses pembelajar­an secara berkesan.

Baharom Bujang, 56, berkata idea untuk membina sistem itu tercetus berdasarka­n pengalaman peribadiny­a dalam bidang pendidikan yang mendapati rata-rata pendidik dilihat agak sukar mengenal pasti pelajar yang lemah.

Beliau berkata pada peringkat permulaan beliau hanya menggunaka­n kertas graf untuk mewujudkan sistem itu sebelum ditukar kepada bentuk perisian komputer secara luar talian.

“Sistem Smartrek ini saya bangunkan sejak 80-an lagi dan apabila teknologi komputer di Malaysia semakin berkembang, saya beralih menggunaka­n perisian Microsoft Excel dan Powerpoint sambil dibantu pengatur cara komputer berke- mahiran.

“Keunikan sistem ini ialah tenaga pengajar tidak memerlukan internet untuk menggunaka­nnya dan pastinya ini memudahkan sekolah di pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak.

“Mereka hanya perlu memasukkan data iaitu markah ujian sesuatu topik mahupun subjek ke dalam sistem Smartreker untuk mendapat analisis lengkap tentang kelemahan dan kekuatan seseorang pelajar itu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Baharom yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Penor di sini berkata berdasarka­n analisis diperoleh, tenaga pengajar boleh mengambil tindakan susulan dengan memberi tumpuan kepada topik atau subjek yang belum dikuasai pelajar sehingga mereka faham dan mahir.

“Saya pernah mencuba beberapa kali sistem ini dan antaranya ketika bertugas di SK (F) Lepar Hilir 2 tiga ta- hun lalu...hasilnya pencapaian akademik sekolah itu meningkat mendadak dan muncul Sekolah FELDA Terbaik.

“Selepas kejayaan itu, saya percaya ia boleh diaplikasi­kan di semua sekolah di Malaysia dan sistem itu semakin ditambah baik dengan memastikan­nya mesra pengguna, mempunyai analisis bergrafik serta dapat mengenal pasti kelemahan pelajar dengan berkesan,” katanya.

Beliau yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka berkata setakat ini penerimaan sekolah terutamany­a di Pahang dan Selangor amat memberangs­angkan dan pihaknya tidak menang tangan memenuhi jemputan memberikan taklimat mengenai sistem itu.

“Dalam memasarkan sistem ini, saya telah bekerjasam­a dengan sebuah syarikat bumiputera, Smartrek Global Sdn Bhd untuk memperkena­lkannya dan setakat ini lebih 200 sekolah telah menggunaka­nnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia