Utusan Borneo (Sarawak)

Halimey ikrar banteras kegiatan haram di Seri Setia

-

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar berikrar akan meneruskan usaha memerangi kegiatan haram secara habis-habisan di kawasan itu sekiranya menjadi pilihan pengundi pada 8 September ini.

Halimey yang merupakan bekas Anggota Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi tempoh 2008 sehingga 2018 berkata, usaha untuk memerangi kegiatan haram seperti rumah urut, pusat judi dalam talian dan pemberi pinjaman haram sudahpun dilaksanak­annya sejak beliau menjawat jawatan berkenaan.

“Saya akui di kawasan ini seperti di PJS8 mempunyai banyak aktiviti seperti ini dan saya bersama anggota penguat kuasa MBPJ serta polis banyak menjalanka­n serbuan ke atas premis sedemikian sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar hariannya di sini semalam.

Beliau berkata, kegiatan haram seperti itu perlu diperangi kerana mendatangk­an terlalu banyak mudarat kepada institusi kekeluarga­an dan komuniti setempat.

Pada PRK berkenaan, Halimey berdepan calon PAS, Dr Halimah Ali.

PRK itu diadakan berikutan penyandang­nya Prof Dr Shaharuddi­n Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.

Ia merupakan PRK kedua diadakan di Selangor selepas Sungai Kandis dan serentak dengan PRK DUN Bala- kong.

Sementara itu, Halimey berkata, beliau akan merangka program pemasaran dalam talian untuk mendedahka­n peniaga kecil di kawasan berkenaan kepada suasana perniagaan yang lebih luas dan berdaya saing.

“Saya juga berjanji akan menjadi penghubung antara peniaga dengan agensi kerajaan yang terlibat dalam menyalurka­n bantuan melalui inisiatif di peringkat Selangor dan persekutua­n, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Halimey (dua kiri) beramah mesra bersama kanak-kanak ketika membuat lawatan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Selangor (PPAS) di Petaling Jaya semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Halimey (dua kiri) beramah mesra bersama kanak-kanak ketika membuat lawatan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Selangor (PPAS) di Petaling Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia