Utusan Borneo (Sarawak)

Saya tidak tahu sama ada Jho Low berada di China, kata Dr Mahathir

-

BEIJING: “Saya tidak tahu sama ada Jho Low berada di China,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata, beliau benarbenar tidak tahu di mana Jho Low berada sekarang kerana maklumat yang menyatakan beliau bersembuny­i di negara ini hanya khabar angin.

Laporan berita antarabang­sa baru-baru membayangk­an Low Taek Jho atau Jho Low, individu yang menjadi tumpuan dengan skandal 1MDB, berada di negara ini.

Dr Mahathir menjawab soalan pemberita pada akhir lawatan rasmi lima hari beliau di China.

Ditanya apa yang beliau akan lakukan sekiranya Jho Low duduk di sebelahnya pada saat itu, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: “Saya akan gari beliau.” — Bernama KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mendesak supaya Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dibubarkan kerana kewujudann­ya tidak lagi wajar memandangk­an Kabinet telah terbentuk sepenuhnya.

Beliau juga mahu laporan cadangan oleh majlis itu didedahkan di Parlimen serta kepada rakyat supaya lebih telus, selain untuk mengelak tuduhan selepas ini.

CEP ditubuhkan untuk menasihati kerajaan pada awal pembentuka­nnya, terutama sebelum Kabinet terbentuk sepenuhnya dan sebelum sidang pertama Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Sekarang segala-galanya sudah terbentuk, dan PM (Perdana Menteri) mempu-

Atas dasar prinsip kebertangg­ungjawapan bersama Kabinet, kita merasakan tidak wajar lagi untuk CEP wujud, dan Kabinet perlulah berfungsi sewajarnya. Tan Sri Annuar Musa Setiausaha Agung UMNO

nyai anggota Kabinet yang cukup hebat, terdiri daripada pemimpin terkanan lima parti yang sebahagian­nya telah berjuang begitu lama.

“Atas dasar prinsip kebertangg­ungjawapan bersama Kabinet, kita merasakan tidak wajar lagi untuk CEP wujud, dan Kabinet perlulah berfungsi sewajarnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Annuar berkata, CEP yang tidak ada legitimasi undangunda­ng dan perlembaga­an, juga bukan sebahagian daripada legislatif, eksekutif dan kehakiman, pasti akan membongkah sistem demokrasi Parlimen sedia ada jika terus diwujudkan.

Pembubaran ini juga perlu, katanya bukan kerana soal kos tetapi kewajaran dan soal kuasa memandangk­an hampir kesemua anggota mempunyai kepentinga­n sangat besar dengan kerajaan dan wujudnya konflik kepentinga­n.

Kelmarin, Pengerusi CEP Tun Daim Zainuddin mengumumka­n sudah melengkapk­an mandatnya dan laporan mengandung­i cadangan oleh majlis berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, sekembalin­ya beliau dari China.

Selain Daim, CEP turut dianggotai oleh bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Marican, ahli perniagaan Robert Kuok dan pakar ekonomi Dr Jomo Kwame Sundaram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia