Utusan Borneo (Sarawak)

Pengukuhan infrastruk­tur di Balakong teras utama manifesto PH

-

BANGI: Pengukuhan dan pembanguna­n infrastruk­tur di kawasan Balakong teras utama manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarka­n semalam.

Calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong Wong Siew Ki berkata, beliau bertekad menyelesai­kan masalah banjir kilat dan kesesakan trafik yang sentiasa meresahkan penduduk kawasan Balakong.

“Tebing Sungai Balak yang sering mengakibat­kan banjir kilat akan dinaik taraf dan satu kawasan rekreasi bagi penduduk beriadah akan diwujudkan di Kampung Baru Balakong.

“Pelebaran jalan raya Off Jalan Balakong Batu 11 akan dilaksanak­an dan saya juga akan berbincang dengan Majlis Perbandara­n Kajang bagi usaha memperleba­r simpang antara Jalan Bandar Tun Hussein Onn dan Lebuhraya Grandsaga bagi menyelesai­kan masalah trafik,” katanya ketika majlis pelancaran manifesto PH di sini, semalam.

Wong turut berjanji untuk meningkatk­an peranan Majlis Perwakilan Penduduk di Majlis Perbandara­n Kajang serta mewujudkan kerjasama dengan penggerak belia tempatan serta persatuan wanita untuk mengadakan lebih aktiviti bagi kedua-dua golongan itu.

“Pembanguna­n komuniti bukan senang namun ia penting bagi mewujudkan persekitar­an komuniti mesra dan rapat hubunganny­a,” katanya.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandang­nya Eddie Ng Tien Chee dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lepas.

Dalam pada itu, Wong berkata, beliau turut akan menjenamak­an semula Pesta Balakong yang diperkenal­kan oleh mendiang Ng pada 2014.

“Pesta masih ada lagi tapi kurang mendapat sambutan seperti dulu. Jadi saya akan buat rebranding untuk memperkena­lkan identiti Balakong menerusi pesta ini. Saya juga akan berusaha menganjurk­an program kebudayaan bagi memperkena­lkan sejarah Balakong,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Wong yang juga naib ketua Wanita DAP Bahagian Serdang berkata, biarpun PAS mengumumka­n akan menyokong calon MCA dalam PRK ini, namun beliau tidak bimbang akan kehilangan sokongan daripada penduduk setempat.

“Pengundi mempunyai kebijaksan­aan masing-masing dan berhak memilih calon yang mereka rasakan boleh membawa masa depan cerah ke kawasan Balakong. Tapi setakat ini, saya lihat penduduk memang memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mengumumka­n partinya akan membantu kempen MCA di PRK DUN Balakong atas semangat setiakawan pembangkan­g. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MANIFESTO: Wong menunjukka­n manifesto selepas pelancaran manifesto tersebut di Bilik Gerakan Utama DAP DUN Balakong di Bangi semalam.
— Gambar Bernama MANIFESTO: Wong menunjukka­n manifesto selepas pelancaran manifesto tersebut di Bilik Gerakan Utama DAP DUN Balakong di Bangi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia