Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool kekalkan saingan dengan City apabila benam Palace 2-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris Isnin lepas

-

LONDON, England: Mohamed Salah sekali lagi diselubung­i kontrovers­i sengaja menjatuhka­n diri ketika bintang Liverpool itu mendapatka­n tendangan penalti yang membantu pasukannya menang 2- 0 ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris Isnin lepas.

Salah dituduh sengaja merebahkan diri oleh Palace apabila terjatuh dalam kotak penalti pada lewat separuh masa pertama perlawanan di Selhurst Park.

Pengadil perlawanan, Michael Oliver memberikan tendangan penalti dari terjahan Mamadou Sakho dan James Milner kemudian menyempurn­akan penalti untuk membuka jaringan.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Nevill, yang bekerja sebagai pengulas sukan untuk Sky Sports, mendakwa ia perbuatan sengaja merebahkan diri, dengan berkata: “Ramai orang tidak menyukainy­a. Ia terjahan ke atas kamu, kamu akan fikir ia lemah.

“Ia perbuatan sengaja yang kita sudah kerap lihat.”

Menambah lagi kekecewaan Palace, Aaron WanBissaka dibuang padang dalam separuh masa kedua kerana kekasaran ke atas Salah.

Dengan kelebihan seorang pemain, Liverpool memastikan dua kemenangan berturut- turut musim ini dengan gol Sadio Mane pada minit kecederaan.

Pengurus Palace, Roy Hodgson, naik berang dengan keputusan penalti dan berkata: “Saya kecewa kerana saya fikir ia bukan penalti. Ia menyebabka­n ke- marahan dan rasa kecewa.

“Saya sudah lama dalam bola sepak. Jika ia satu penalti, sukan ini sudah berubah dari apa yang biasa kita lihat.

“Sakho adalah seorang pemain pertahanan dan beliau harus cuba bertahan. Tiada cara beliau cuba mengasari pemain. Liverpool tidak selayaknya membuka jaringan.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, enggan bercakap tentang isu itu dan mendakwa beliau tidak melihat dengan jelas insiden itu.

“Saya tidak bertanya kepada Mo ( Salah) tentang perkara itu. Saya tidak melihatnya. Ia kelihatan seperti penalti tetapi saya tidak tahu,” kata beliau.

Selepas Manchester City membelasah Huddersfie­ld pada hari Ahad, ia adalah penting untuk Liverpool mengekalka­n saingan dengan City walaupun di peringkat awal musim.

Kemenangan adalah satu kenyataan buat anak buah Klopp, yang diletakkan sebagai pencabar utama City musim ini dan mereka melonjak ke tangga kedua selepas menewaskan West Ham pada perlawanan pertama.

Tetapi Klopp enggan bercakap tentang peluang kejuaraan pasukannya.

“Saya tidak berminat memberikan isyarat kepada Manchester City atau kelab lain. Saya hanya mahu memenangi perlawanan,” kata beliau.

“Saya tidak ambil peduli. Kami tidak bersaing dengan pasukan lain Liga Perdana setiap hujung minggu.”

Dari awal permainan, Salah sentiasa mengancam pertahanan Palace dengan satu umpanan jauh Naby Keita yang gagal disempurna­kan dengan kemas.

Andros Townsend hampir membuka jaringan buat Palace tetapi rembatanny­a dari jarak jauh terkena palang.

Liverpool akhirnya mem- buka jaringan beberapa saat sebelum rehat dengan umpanan Roberto Firmino menemui Salah dalam kotak penalti dan apabila Sakho menghulur kaki menepis bola, Salah kelihatan agak perlahan untuk merebahkan diri tetapi pengadil perlawanan tidak teragak- agak memberikan penalti.

Salah pernah dikritik kerana ‘ aksi’ yang sama sebelum ini dan penyokong Palace naik berang dengan menjerit ‘ penipu’ ke arah beliau tetapi ada sentuhan berlaku untuk ‘mewajarkan’ satu tendangan penalti.

Milner tenang menyempurn­akan penalti dengan menewaskan penjaga gol Wayne Hennessey walaupun gangguan dari penyokong tuan rumah.

Palace mempunyai peluang untuk mengikat kedudukan dengan satu tendangan percuma Luka Milivojevi­c sedikit tinggi dari palang gol selain penjaga gol baharu Liverpool, Alisson beraksi tangkas menepis cubaan.

Ketika Palace melakukan asakan bertali arus untuk memburu gol, Mane mengesahka­n tiga mata penuh pada minit akhir permainan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SENGAJA REBAH: Liverpool dihadiahka­n sepakan penalti selepas Salah (tengah) dikasari Sakho (kanan) dalam petak penalti pada perlawanan liga di Selhurst Perk, London Isnin lepas.
— Gambar Reuters SENGAJA REBAH: Liverpool dihadiahka­n sepakan penalti selepas Salah (tengah) dikasari Sakho (kanan) dalam petak penalti pada perlawanan liga di Selhurst Perk, London Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia