Utusan Borneo (Sarawak)

City akan jadi pasukan pertama berjaya pertahan kejuaraan liga, kata Kompany

-

MANCHESTER, England: Kapten Manchester City, Vincent Kompany percaya pasukannya, yang juga juara bertahan Liga Perdana Inggeris, berada pada kedudukan untuk mengelak kesilapan yang lalu dan menjadi pasukan pertama yang berjaya mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam tempoh satu dekad.

Kompany, yang merupakan satu-satu pemain semasa City yang sudah bermain di kelab sepanjang satu dekad di mana mereka dimiliki hartawan Abu Dhabi, memenangi kejuaraan liga sebanyak tiga kali.

Tetapi pada dua kemenangan sebelum ini, City gagal mempertaha­nkan kejuaraan pada tahun berikutnya, menyebabka­n Manchester United sebagai pasukan terakhir yang berjaya mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2009.

Bagaimanap­un, sekarang, Kompany menegaskan di bawah bimbingan Pep Guardiola, City tidak akan membuat kesilapan yang sama seperti sebelum ini.

“Saya hanya boleh berkata ia adalah berbeza dari tahuntahun di mana kami memenangi liga,” kata beliau.

“Ada begitu banyak amaran yang kami terima dan setiap masa kami hampir harus bersaing sesama sendiri dan dalam sikap semula jadi kami untuk tidak gagal dalam perangkap yang sama seperti yang berlaku kepada pasukan lain, termasuk pasukan saya sendiri beberapa tahun yang lalu.”

Kompany kembali ke skuad yang membelasah Huddersfie­ld 6- 1 ketika Guardiola meletakkan Nicolas Otamendi, Kyle Walker, Raheem Sterling, Leroy Sane dan Riyad Mahrez di bangku simpanan.

Dan Kompany percaya saingan untuk satu tempat dalam kesebelasa­n utama bermakna City tidak hilang rentak selepas memenangi kejuaraan musim lepas dengan rekod 100 mata.

“Saya boleh melihat semua orang berlatih dengan gigih. Ada banyak saingan dalam pasukan ketika ini,” tambah beliau.

“Saya tidak berkata kami akan melakukan sama seperti tahun lepas tetapi jika ia berlaku, musim ini pastinya lebih sukar berbanding sebelum ini kerana pasukan lain bertambah kuat, bukan kami menjadi lemah.”

Kompany, yang menyertai City dari Hamburg dengan yuran perpindaha­n 6 juta pound pada musim panas 2008, sebulan selepas kelab diambil alih hartawan Sheikh Mansour.

“Ia satu perjalanan istimewa kerana kelab sudah berkembang dengan banyak,” kata Kompany.

“Penyokong dan mereka yang menyokong kelab ini adalah sama tetapi semua yang lain berkembang dan kemudian perubahan kepada ( Roberto) Mancini, (Manuel) Pellegrini dan Pep Guardiola.

“Saya merasakan seperti setiap seorang pengurus telah membawa satu peringkat yang baharu, menambah sesuatu baharu kepada kelab. Tiada banyak yang boleh diperkatak­an sekarang tetapi saya berasa sangat bangga menjadi sebahagian daripadany­a.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI MEMUKAU: Balotelli (kanan) melakukan rembatan ketika beraksi pada perlawanan suku akhir Euro 2012 menentang England di Stadium Olimpik, Kiev dalam gambar fail bertarikh 24 Jun 2012.
— Gambar Reuters AKSI MEMUKAU: Balotelli (kanan) melakukan rembatan ketika beraksi pada perlawanan suku akhir Euro 2012 menentang England di Stadium Olimpik, Kiev dalam gambar fail bertarikh 24 Jun 2012.
 ??  ?? KOMPANY
KOMPANY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia