Utusan Borneo (Sarawak)

Karius akan sertai Besiktas untuk kontrak pinjaman dua tahun

-

ISTANBUL, Turki: Penjaga gol Liverpool, Loris Karius, di mana kesilapann­ya menyebabka­n Liverpool tewas di final Liga Juara-Juara kepada Real Madrid, dijangka akan menyertai kelab gergasi bola sepak Turki, Besiktas untuk kontrak pinjaman dua tahun, menurut laporan di Turki Isnin lepas.

Perjanjian pinjaman itu bernilai 2 juta euro, menurut rangkaian NTV sambil menambah persetujua­n hampir dimuktamad­kan dan satu pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.

Akhbar Hurriyet juga mengeluark­an laporan yang sama dengan berkata Karius akan menerima gaji tahunan 1.4 juta euro.

Besiktas, yang memenangi Liga Turki dua kali berturut- turut sebelum Galatasara­y memenangin­ya musim lepas, mencari penjaga gol berkelas dunia selepas perpindaha­n Fabri ke Fulham.

Karius melakukan dua kesilapan di final Liga Juara-Juara ketika tewas 13 kepada Real Madreid.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata kesilapan itu adalah kerana Karius mengalami konkusi sebelum itu.

Tetapi kerjaya Karius sebagai penjaga gol utama Liverpool kelihatan sudah berakhir apabila kelab membeli Alisson dengan yuran 67 juta pound dari AS Roma bulan lepas.

Ditanya selepas kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace Isnin lepas sama ada Karius akan mengesahka­n perpindaha­nnya, Klopp menegaskan beliau tidak tahu.

“Tidak, tiada apa-apa. Tiada siapa memberitah­u saya apa-apa,” kata Klopp. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia