Utusan Borneo (Sarawak)

Balotelli akan terus kekal di Nice

-

PARIS, Perancis: Mario Balotelli menandatan­gani kontrak baharu untuk terus kekal di Nice walaupun minat dari kelab Marseille, menurut pengumuman kelab Ligue 1 Perancis itu Isnin lepas.

Penyerang bermasalah itu di mana aksi cemerlang dari dua musim di Nice membolehka­n beliau kembali ke skuad kebangsaan Itali, sudah menjaringk­an 43 gol untuk kelab.

Nice bermula dengan hambar di bawah kendalian jurulatih baharu, Patrick Vieira musim ini selepas tewas kepada Reims di tempat sendiri dan seri di Caen.

Tetapi keputusan Balotelli, 28, untuk terus kekal pastinya satu perangsang buat Vieira dan pasukannya.

“Selepas pertimbang­an terperinci, Mario Balotelli membuat keputusan untuk terus kekal di Nice,” kata kelab dalam satu kenyataan.

“Pemain antarabang­sa Itali menyuaraka­n keinginan beliau kepada pengurusan kelab. Akan ada musim ketiga untuk penyerang ini. Persetujua­n sudah ditanda- tangani oleh semua pihak malam semalam ( Isnin).”

Balotelli dikaitkan dengan satu kemungkina­n perpindaha­n ke Serie A Itali, di mana AS Roma dan Napoli dilaporkan ada menyuaraka­n minat tetapi Marseille diramalkan destinasi utama ramai pihak sebelum tamat pasaran perpindaha­n pemain pada 31 Ogos.

Nice dengan pantas menyindir kegagalan Marseille untuk mendapatka­n bekas penyerang Manchester City, Inter Milan, Liverpool dan AC Milan itu.

“Keadaan agak sukar pada awal musim panas ekoran perhatian kelab lain dari selatan Perancis tetapi situasi sudah kembali normal,” kata Nice.

“Mudah, jelas. Seperti salah satu tumbukan ( karektor permainan video) SuperMario.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia