Utusan Borneo (Sarawak)

Atalanta berikan pengalaman sukar buat Frosinone

-

MILAN, Itali: Kapten Alejandro ‘Papu’ Gomez menjaringk­an dua gol dan mengumpan dua lagi gol ketika Atalanta memberikan kelab pendatang baharu liga, Frosinone, pengalaman sukar pertama dalam Serie A dengan kemenangan 4-0 pada Isnin lepas.

Gomez menjaringk­an gol dalam kedua-dua babak untuk gol ke- 50 beliau dalam Serie A dari lapan musim, dengan pemain pinjaman dari Chelsea, Mario Pasalic, menjaringk­an gol pertamanya untuk pasukan baharu selain gol Hans Hateboer.

Ia adalah persediaan sempurna buat Atalanta, yang akan menentang FC Copenhagen untuk playoff kelayakan ke Liga Europa Khamis ini.

“Musim ini bermula dengan terbaik,” kata Gomez selepas Atalanta mencipta kemenangan pertama musim baharu buat kali pertama dalam satu dekad.

“Dalam beberapa tahun, kami bergelut di awal musim. Saya juga berasa gembira kerana saya sudah menjaringk­an 50 gol dalam Serie A – satu gol yang penting untuk saya.”

Gomez membuka jaringan pada minit ke- 14 sebelum pasukan tuan rumah menambah jaringan tiga selepas rehat apabila mengumpan bola kepada Hateboer.

Musa Barrow hampir menjaringk­an gol ketiga tetapi rembatanny­a tersasar sebelum Gomez mengumpan satu lagi gol yang disempurna­kan Pasalic.

Gomez melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan dengan Frosinone, yang bermain dalam Serie A buat kali kedua dalam sejarah mereka selepas 2014/2015. — AFP PARIS, Perancis: Pemandu dari Perancis, Pierre Gasly, akan menggantik­an Daniel Ricciardo di pasukan Red Bull musim hadapan, menurut pengumuman pasukan Formula Satu (F1) itu Isnin lepas.

Gasly, 22, yang merupakan pemandu untuk pasukan sokongan Red Bull, Toro Rosso, akan berganding­an dengan Max Verspatten selepas Ricciardo akan berpindah ke pasukan Renault pada musim hadapan.

“Ia adalah harapan saya untuk berlumba untuk pasukan ini sejak saya menyertai Program Pemandu Muda Red Bull pada 2013, dan ini adalah satu peluang hebat untuk satu langkah ke hadapan dalam cita-cita saya untuk memenangi perlumbaan Grand Prix dan bersaing untuk kejuaraan dunia,” kata Gasly.

Beliau hanya membuat perlumbaan sulung F1 di Grand Prix Malaysia pada bukan Oktober tahun lepas tetapi sudah mengumpul 26 mata untuk Toro Rosso tahun ini dengan pencapaian terbaik di tangga keempat di Bahrain.

Beliau berada pada kedudukan ke-13 keseluruha­n dan sudah mengumpul 24 mata lebih banyak dari pemandu kedua Toro Rosso, Brendon Hartley.

“Sejak Pierre mula memandu untuk F1 bersama Toro Rosso kurang dari setahun yang lalu, beliau sudah terbukti bakat luar biasa yang dibimbing Red Bull sejak di awal karier,” kata pengurus pasukan, Christian Horner dalam laman sesawang rasmi Red Bull sambil menambah Gasly adalah “salah seorang pemandu muda paling menarik dalam sukan bermotor”.

Red Bull bergelut dengan konsistens­i tahun ini tetapi berjaya memenangi tiga perlumbaan dengan dua kemenangan datang dari Ricciardo.

Gasly akan menyertai salah seorang rakan baiknya dalam F1, Max Verstappen untuk membentuk gandingan muda berbakat.

Ia adalah harapan saya untuk berlumba untuk pasukan ini sejak saya menyertai Program Pemandu Muda Red Bull pada 2013, dan ini adalah satu peluang hebat untuk satu langkah ke hadapan dalam cita-cita saya untuk memenangi perlumbaan Grand Prix dan bersaing untuk kejuaraan dunia. Pierre Gasly Pemandu dari Perancis

Horner juga menjelaska­n di mana Gasly akan membawa pengalaman teknikal kerana Red Bull akan beralih enjin musim hadapan dari jentera Renault ke jentera Honda, yang sudah membekalka­n enjin kepada Toro Rosso.

“Red Bull sentiasa mahu bersaing kejuaraan atau kemenangan dan itulah apa yang saya mahu,” tambah beliau.

“Saya benar-benar seorang yang kompetetif dan apabila saya melakukan sesuatu, saya sentiasa mahu bersaing untuk tempat terbaik.”

Dengan baki sembilan perlumbaan musim ini dan hanya akan berakhir pad 25 November di Abu Dhabi, pengumuman ini bermakna beberapa pasukan utama sudah mengesahka­n pemandu mereka untuk musim hadapan.

Mercedes mengumumka­n sebelum Grand Prix Jerman pad 22 Julai di mana mereka sudah mengesahka­n Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas dengan kontrak baharu.

Renault kemudian mendapatka­n Ricciardo untuk meningkatk­an cabaran musim hadapan dan ia memberikan peluang kepada Gasly untuk menggantik­an tempatnya.

Salah seorang pemandu muda Renault, Carlos Sainz, seperti Ricciardo dan Gasly adalah hasil dari program pembanguna­n pemandu Red Bull, mengumumka­n minggu lepas di mana beliau berpindah ke pasukan McLaren untuk menggantik­an Fernando Alonso, yang akan bersara pada akhir musim. — AFP

 ??  ?? PELUMBA BERBAKAT: Gasly ketika beraksi pada perlumbaan Grand Prix Hungary di Hungarorin­g, Budapest pada 29 Julai lepas.
PELUMBA BERBAKAT: Gasly ketika beraksi pada perlumbaan Grand Prix Hungary di Hungarorin­g, Budapest pada 29 Julai lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? GOL PENGIKAT: Rodrigo (empat kanan) menjaringk­an gol penyamaan Valencia pada aksi La Liga Sepanyol menentang Atletico di Stadium Mestalla, Valencia Isnin lepas.
— Gambar Reuters GOL PENGIKAT: Rodrigo (empat kanan) menjaringk­an gol penyamaan Valencia pada aksi La Liga Sepanyol menentang Atletico di Stadium Mestalla, Valencia Isnin lepas.
 ??  ?? GASLY
GASLY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia