Utusan Borneo (Sarawak)

Danny, Flora ungguli Kejohanan Badminton Junior Sarawak Energy

-

KUCHING: Danny Lee dan Flora Fong Xin Jie masing-masing menjuarai kategori Perseorang­an Lelaki Bawah 19 Tahun dan Perseorang­an Wanita Bawah 19 Tahun dalam Kejohanan Badminton Junior Sarawak Energy yang berakhir semalam.

Kategori Perseorang­an Lelaki Bawah 15 Tahun dimenangi Pui Wee Young manakala Lee Zi Suen mengunggul­i Perseorang­an Wanita Bawah 15 Tahun.

Perseorang­an Lelaki Bawah 12 Tahun pula dimenangi Aryan Syahimad Lee dan juara Perseorang­an Wanita Bawah 12 Tahun adalah Levia Kho En Qi.

Dalam acara beregu pula, gandingan Syafiq Azhar Haizain dan Owen Ting Shih Wee merangkul kejuaraan bagi kategori Lelaki Bawah 19 Tahun manakala Kam Wei Li dan Kristy Tay Yong mengunggul­i kategori Wanita Bawah 19 Tahun.

Pemenang bagi kategori Beregu Lelaki Bawah 15 Tahun pula adalah Joshua Voon dan Pui Wee Young dan Beregu Wanita Bawah 15 Tahun dimenangi Nicole Hon Cai Xuan dan Kashley Kho Tze Yin.

Sementara juara Beregu Lelaki Bawah 12 Tahun adalah gandingan Chung Jia Ho dan Asyan Syahimad Lee manakala Beregu Wanita Bawah 12 Tahun dimenangi Levia Kho En Qi dan Angel Lim En Yu.

Penyampaia­n hadiah berupa wang tunai dan pingat termasuk sijil penyertaan kepada para pemenang telah disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Sharbini Suhaili dan Naib Presiden Eksekutif Strategi dan Pembanguna­n Korporat Sarawak Energy Ting Ching Zung di gelanggang badminton Pusat Sukan Sentosa.

Pertanding­an yang diadakan di Pusat Sukan Sentosa bermula 18 Ogos lepas telah menarik penyertaan seramai 300 pemain, dengan yang termuda berusia enam tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia