Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS perbaiki prestasi pada Sukan Rangkaian Masiswa 2018

-

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) berjaya merangkul satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada temasya Sukan Rangkaian Masiswa 2018 di Pahang barubaru ini.

Pingat emas disumbangk­an Nur Hanisa Salam dalam acara boling wanita manakala gandingan Wong Ling Ai dan Jacqueline Louise meraih pingat perak dalam acara badminton beregu wanita.

Dua pingat gangsa pula diperoleh hasil gandingan Nur Hanisa dan Fatin Hamidah Wafaa Helmi dalam acara boling wanita beregu dan Nur Hanisa, Osman Kadir dan Md Yusrizal (Trio).

Pasukan futsal UCTS berjaya memasuki peringkat suku akhir tetapi kalah dalam penentuan penalti.

Sukan Rangkaian Masiswa telah diadakan dari 15 hingga 19 Ogos lalu.

Pengurus pasukan Jimmy De Rozario berkata, prestasi pasukan sepanjang temasya tersebut berlangsun­g telah melepasi sasaran mereka.

“Pencapaian ini kami dedikasika­n sempena ulang tahun keempat penubuhan UCTS,” katanya sambil menambah, UCTS telah menghantar 23 atlet untuk bertanding.

Pada tahun lalu pasukan UCTS katanya, hanya berjaya menggondol pingat gangsa untuk acara badminton, layak ke perlawanan suku akhir untuk acara bola sepak 9 sebelah, pusingan kedua pertanding­an boling dan memasuki pusingan ketiga acara bola jaring.

Katanya, tahun ini UCTS tidak mengambil bahagian dalam bola jaring kerana kekurangan pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia