Utusan Borneo (Sarawak)

Empat jaringan Azafarezal bantu Jang BS membelasah OIC United

-

BETONG: Empat jaringan penyerang sensasi skuad Belia Sarawak Azafarezal Harun membantu pasukan Jang BS membelasah pasukan OIC United dengan jaringan 8-0 dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan pada aksi Liga Betong 2018 di Kompleks Sukan Betong kelmarin.

Menepati ramalan, Jang BS menang mudah untuk mengunggul­i takhta kumpulan B apabila skuad kendalian Bujang Ujeh menyenarai­kan pemain belia dan Piala Presiden Sarawak.

Azafarezal yang disenarai membarisi kesebelasa­n utama skuad Jang BS, menjaringk­an gol pada minit ke-19, 28, 59 dan 63 permainan.

Manakala dua jaringan hasil sumbangan Mac Anja Galau pada minit ke- 42 dan 51.

Sahidan Yazid turut menyumbang satu gol pada minit ke-78 dan satu lagi jaringan adalah gol sendiri Mohd Faizal Hafiz Ramli yang tertampan bola dan masuk ke gawang sendiri.

Corak permainan yang berada pada satu tahap tersendiri yang dipamerkan pasukan Jang BS bukan sekadar mencabar pasukan lawan dalam kumpulan tersebut tetapi jelas pengalaman pemain yang diasaskan menerusi penyertaan dalam Liga Betong membawa satu sentuhan berbeza dalam permainan mereka.

Namun masih terlalu awal untuk meramal sama ada mereka layak ke saingan akhir kerana masih berbaki perlawanan yang harus ditempuhi dan pasukan yang menyertai juga bukan calang-calang.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Abang Soehardie Abang Zaini dan Ketua Jurulatih Skuad Belia Sarawak David Usop hadir menyaksika­n perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia