Utusan Borneo (Sarawak)

Kembara Amal Kelab Exora Sarawak santuni empat kampung

-

Oleh Saleman Senin EMPAT

kampung yang menghadapi masalah air iaitu kampung Tuie, Serabang, Supa dan Medang mendapat perhatian pertubuhan yang aktif menjalanka­n aktiviti kemasyarak­atan dalam Kembara Amal Kelab Exora Sarawak.

Presiden Sarawak Exorian Crew (SEC) Hafiq Azwandy memberitah­u, sebagai kelab yang berdaftar sejak enam tahun lalu banyak program telah dirancang bagi menjalanka­n aktivitii bersama ahli serta masyarakat.

“Dalam program kali ini, SEC menjalanka­n aktiviti amal dengan menyumbang air minuman kepada kampung-kampung terbabit dengan memberi lebih 100 kotak air minuman kepada setiap kampung tersebut bagi keperluan penduduk.

“Pada awalnya kami mendapat berita tentang masalah penduduk di kawasan terbabit menerusi media sosial dan terlintas untuk memberi sumbangan kepada mereka yang dilanda masalah tersebut,” ujarnya.

“Meskipun pemberian kami bukanlah penyelesai masalah penduduk, tetapi sekurang-kurang dapat dijadikan bekalan buat penerima dalam mencukupka­n keperluan masing-masing,” tambahnya lanjut.

Beliau yang ditemui pada Program Kembara Amal Kelab Exora Sarawak di Tapak Pasar Malam Betong, Bandar Baharu Medan dekat Betong, baru- baru ini.

Tambahnya, setiap kampung penerima diwakili ketua kampung masing-masing untuk menerima bekalan air minuman tersebut.

Majlis ringkas namun penuh bermakna bagi penerima yang sentiasa memerlukan sumbangan daripada pelbagai pihak.

Hafiq turut mengucapka­n penghargaa­n kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan program tersebut terutama keprihatin­an setiap ahli yang memberi idea sebagai salah satu penyumbang kejayaan.

Beliau turut memberitah­u, program terdekat yang akan dijalankan kelabnya ialah Konvoi Merdeka ke Telok Melano.

 ??  ?? KERJASAMA: Ahli kelab SEC memunggah air ke dalam lori untuk dibawa pulang wakil kampung penerima.
KERJASAMA: Ahli kelab SEC memunggah air ke dalam lori untuk dibawa pulang wakil kampung penerima.
 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Hafiq menyerahka­n bantuan kepada salah seorang penerima.
RINGANKAN BEBAN: Hafiq menyerahka­n bantuan kepada salah seorang penerima.
 ??  ??
 ??  ?? AKTIVITI AMAL: Hafiq bergambar bersama penerima dan ahli kelabnya.
AKTIVITI AMAL: Hafiq bergambar bersama penerima dan ahli kelabnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia