Utusan Borneo (Sarawak)

Ketupat palas laris pada Hari Raya

- Oleh Ali Imran Mohd Noordin

INTEGRITI saling berkait dengan nilai-nilai murni, yang menjadi pegangan pelbagai agama.

Ia menjadi asas kepada pembinaan akar akhlak terpuji dengan peranan agama dilihat menjadi rencah penting bagi mencapai perpaduan sejagat.

Nilai-nilai mulia, yang ditekankan dalam setiap agama, membimbing manusia sejak ribuan tahun dahulu dengan matlamat melahirkan insan yang baik.

Malangnya, integriti kian terhakis dalam masyarakat hari ini akibat tipisnya keimanan dan longgarnya pegangan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahter­aan Sosial) Dr Md Farid Md Rafik berkata sekiranya penganut pelbagai agama mengamalka­n nilai murni ajaran agama masing-masing, ia pasti membentuk individu seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek – yang melahirkan masyarakat berintegri­ti tinggi.

“Tiada agama yang mengajak penganutny­a berbuat kejahatan. Namun apabila pemahaman cetek terhadap agama lebih diketengah­kan daripada pemahaman sebenar ajaran sesuatu agama, ia akan memberi ruang kepada unsur-unsur negatif mempengaru­hi minda masyarakat,” katanya. PERANAN AGAMA

Agama turut menekankan nilai kesabaran, kesedarhan­aan, bersopan santun, adil, dan bersatu. Penerimaan dan pengamalan nilai murni dalam melakukan kebaikan secara konsisten akan membentuk individu dan penganut agama yang berinegrit­i dan bertamadun.

Md Farid menjelaska­n, kerajaan berhasrat melahirkan individu yang berpegang kuat kepada pendirian yang betul.

“Istilah ‘pendirian yang betul’ tidak hanya terhad kepada perilaku seperti rasuah atau perihal kepimpinan.

“Maksud integriti adalah apabila seseorang mempunyai prinsip kehidupan, dia berpegang kepadanya. Inilah kekuatan yang ada pada elemen agama,” katanya pada Seminar Kebangsaan: Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti dan Perpaduan Nasional di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan Profesor Datuk Dr Siddiq Fadzil pula menyifatka­n masalah integriti yang membelengg­ui masyarakat masa kini adalah ‘defisit moral’ yang menyaksika­n perbuatan dan jenayah seperti rasuah, penipuan dan penyalahgu­naan kuasa menular umpama wabak.

Bagi berdepan ancaman itu, agama harus digunakan sepenuhnya untuk menerapkan nilainilai integriti masyarakat supaya ia dapat mmbantu memacu perpaduan nasional yang diidam seluruh warga Malaysia.

“Oleh itu, adalah tepat pada masanya agenda meningkatk­an nilai integriti dalam kalangan rakyat Malaysia diangkat menjadi wacana peringkat nasional.

“Kita tidak boleh berputus asa. Barangkali kita belum secara maksimum memanfaatk­an nilai-nilai positif di sekitar kita termasuk nilai agama. Sekiranya nilainilai agama difungsika­n dan nilai integriti itu sendiri mengakar kepada agama saya percaya akan ada perubahan dalam kalangan masyarakat,” katanya. PUPUK SIFAT MALU

Dalam syarahanny­a bertajuk ‘Agama sebagai medium memupuk integriti dan perpaduan nasional’ pada seminar itu, Siddiq berkata sifat malu perlu ditanam kembali untuk memupuk nilai integriti dalam setiap diri warga masyarakat.

“Antara nilai akhlak yang sangat dipentingk­an dalam Islam adalah nilai malu. Sifat malu itulah yang mengawal seseorang daripada melakukan sesuatu yang tidak bermoral.

“Ini yang harus kita usahakan bersama iaitu membina bangsa yang bermaruah dengan menghidupk­an ‘sense of shame’ atau sifat tahu malu dalam kalangan rakyat,” katanya.

Siddiq, yang juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah tahun 1427H peringkat Perak, berkata apabila setiap orang berasa malu, banyak masalah dapat diatasi termasukla­h bagi yang menjadi pelaku rasuah atau menipu.

“Apabila Malaysia disebut sebagai negara korup atau mengamalka­n kleptokras­i paling teruk, yang seharusnya malu bukan orang tertentu tetapi semua rakyat,”jelasnya. HARI KEBANGSAAN

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 tidak lama lagi dianggap sebagai landasan bagi menerap nilainilai murni dalam kalangan masyarakat.

Bagi menjayakan perkara ini, Dr Md Farik berkata peranan badan kerajaan seperti Insitut Integriti Malaysia boleh memberi garis panduan bagi memperkuat dan memperkema­s gerak kerja mempromosi budaya integriti dalam kalangan masyarakat.

Beliau mengakui bahawa semua pihak baik pemimpin mahupun rakyat perlu bersama-sama memainkan peranan agar Malaysia dapat menjadi contoh kepada seluruh dunia suatu hari kelak.

Siddiq pula berpendapa­t keraian dan sambutan di negara ini haruslah diisi dengan nilai-nilai sayangkan negara dengan mendidik rakyat supaya mengamalka­n integriti dan perpaduan. — Bernama yang bermain sandiwara.

“Di Kedah ini hanya ada Pak Morad dan sampai ke hari ini Pak Morad tidak tinggalkan bangsawan sebab ia sudah menjadi darah daging. Bangsawan ini semakin pupus kerana tidak ada golongan muda yang menunjukka­n minat mendalam dan bersungguh untuk menjiwainy­a,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Alor Setar, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga penasihat MENJADI tradisi masyarakat di negeri Kedah menghidang­kan ketupat daun palas sebagai antara juadah utama setiap kali hari raya, baik Aidilfitri mahupun Aidiladha.

Menyedari hakikat itu, Jamilah Ismail, 27 dan ibunya Rosniah Man, 52 dari Kuala Nerang dekat Alor Setar sanggup datang ke bandar raya ini bagi menjual ketupat palas.

“Sejak semalam (kelmarin) saya dan ibu datang ke sini. Alhamdulil­lah, kami dapat jual kira-kira 75 kilogram ketupat palas dengan pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 semalam (kelmarin).

“Ketupat palas ini ada yang kami rebus di sini dan ada yang dijual tanpa direbus ikut pilihan pembeli,” katanya ketika ditemui Bernama di Alor Setar semalam.

Jamilah berkata antara ketupat palas yang mendapat permintaan tinggi ialah ketupat kosong (tanpa inti), ketupat jagung, ketupat kacang dan ketupat pulut hitam yang dijual pada harga RM28 hingga RM34 sekilogram.

Katanya, dia turut menyediaka­n rendang daging dan ayam serta serunding pada harga RM10 bagi setiap bekas.

Katanya, selain untuk hari raya, dia juga menerima tempahan di luar musim perayaan daripada penggemar juadah itu.

“Sudah tujuh tahun kami menjual di sini dan untuk tahun ini kami mula mendapat tempahan daripada rakan-rakan ibu yang tinggal di Brunei. Setakat ini ketupat yang dihantar dapat sampai dengan selamat dan tak basi,” katanya.

Seorang pembeli, Anuar Hassan, 56, berkata ketupat palas adalah menu wajib rakyat Kedah pada hari raya.

Katanya, ketupat palas unik kerana selain rasanya yang lemak, juadah ini juga mempunyai aroma tersendiri yang mampu membangkit­kan selera.

“Hari ini saya beli dua kilogram ketupat palas untuk dimakan bersama keluarga dan selebihnya Persatuan Bangsawan Seri Kedah (PBSK) amat menggalakk­an penyertaan daripada generasi muda untuk menonjolka­n bakat mereka bagi menghidupk­an kembali bangsawan di Kedah supaya kesenian ini tidak terus tenggelam dalam era moden ini.

“Untuk hidupkan kembali bangsawan ini, kita sangat-sangat memerlukan pelapis remaja belia yang berusia paling kurang 18 hingga 30 tahun untuk dihidangka­n kepada tetamu yang datang ke rumah esok. Setiap kali menyambung kesenian pementasan bangsawan ini,” katanya yang pernah menerima beberapa anugerah termasuk Pengarah Terbaik dalam bidang teater peringkat negeri dan kebangsaan.

Bagaimanap­un Pak Morad berkata, untuk melatih pelapis baharu itu memerlukan dana mencukupi kerana perbelanja­an dari segi keperluan peralatan pementasan dan kadar upah untuk satu pementasan adalah tinggi. hari raya saya tetap beli ketupat ini selain sedikit lemang,” katanya.

Beliau berharap kerajaan negeri dapat memberi perhatian kepada kekangan tersebut dengan membantu persatuann­ya mengembali­kan kegemilang­an seni pementasan di negeri ini menerusi penyertaan ramai golongan muda.

Mengulas mengenai kelebihan seni pementasan bangsawan di Kedah, beliau yang berkecimpu­ng dalam dunia seni hampir tujuh dekad lamanya berkata Kedah masih

Hari ini, umat Islam menyambut Aidiladha. — Bernama mengekalka­n keaslian dan tradisi kesenian bangsawan itu dengan penggunaan mahkota alam, kota dam serta lenggok bahasa yang indah dalam pementasan.

“Di Kedah kita masih kekalkan keunikan identiti keaslian seni persembaha­n dengan menggunaka­n bahasa baku asal dan latar pementasan yang lengkap bagi membezakan ia dengan pementasan teater,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MULA OPERASI: Rosniah meletakkan ketupat palas yang baharu direbus untuk dijual di gerainya yang terletak di Jalan Tun Razak dekat Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama MULA OPERASI: Rosniah meletakkan ketupat palas yang baharu direbus untuk dijual di gerainya yang terletak di Jalan Tun Razak dekat Alor Setar, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PELBAGAI PILIHAN: Peniaga ketupat Jamilah mengasingk­an ketupat palas yang dijual di gerainya sempena Hari Raya Aidiladha hari ini.
— Gambar Bernama PELBAGAI PILIHAN: Peniaga ketupat Jamilah mengasingk­an ketupat palas yang dijual di gerainya sempena Hari Raya Aidiladha hari ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENUHI PERMINTAAN: Peniaga ketupat Jamilah (kiri) melayan pelanggan yang ingin mendapatka­n ketupat daun palas di gerainya.
— Gambar Bernama PENUHI PERMINTAAN: Peniaga ketupat Jamilah (kiri) melayan pelanggan yang ingin mendapatka­n ketupat daun palas di gerainya.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEMAKIN PUPUS: Pak Morad berkata kesenian yang diilhamkan daripada persembaha­n masyarakat Parsi berketurun­an India Nandu itu semakin hari semakin pupus ditelan dek zaman berikutan kurangnya minat yang mendalam dan penyertaan daripada golongan muda kini.
— Gambar Bernama SEMAKIN PUPUS: Pak Morad berkata kesenian yang diilhamkan daripada persembaha­n masyarakat Parsi berketurun­an India Nandu itu semakin hari semakin pupus ditelan dek zaman berikutan kurangnya minat yang mendalam dan penyertaan daripada golongan muda kini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia