Utusan Borneo (Sarawak)

Sang Voyage menang pertanding­an pencarian bakat Band Jazz

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kumpulan pemuzik Jazz tempatan, Sang Voyage memenangi pertanding­an pencarian bakat Band Jazz yang berlangsun­g di Godown Amphiteatr­e Tebingan Kuching di sini pada malam 18 Ogos lepas.

Pertanding­an tersebut adalah sempena Festival Jazz Tebingan Kuching (KWJF) 2018 yang dijadual berlangsun­g selama dua hari pada 28 dan 29 September depan di Hotel Grand Margherita di sini.

Selaku pemenang, Sang Voyage akan membuat persembaha­n pembukaan pada festival itu nanti serta hadiah tunai RM1,500 dan tiket bagi menyaksika­n festival tersebut.

Selain Sang Voyage, pertanding­an tersebut turut disertai oleh tiga lagi kumpulan pemuzik Jazz tempatan iaitu Voglers, Swaiv dan QCH Band.

Pencipta dan penganjur KWJF, Soedirman Aini yang juga Pengurus Besar Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) berkata pertanding­an ini bertujuan mencungkil bakat baru dan lama dalam muzik Jazz.

“Memandangk­an tidak banyak band Jazz di Sarawak ini, kami mahu menyokong beberapa band ini dan memberi motivasi kepada mereka untuk menerokai muzik Jazz,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu KWJF 2018 tahun ini akan menampilka­n bintangbin­tang termasuk penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah, Ito & The Blues Gang (Malaysia), Atilia Haron (Malaysia), Aisyah Aziz (Singapura), Tompi (Indonesia), Tulus (Indonesia), Aditya (Indonesia), Carmen Souza (Portugal), The Natalie Gillispie Band (Australia) dan banyak lagi.

Tahun ini, pertunjuka­n akan menampilka­n Tuku Kame yang akan menghiburk­an para penonton dengan muzik Jazz mereka dengan Sape tradisiona­l.

Sekitar 4,000 penonton hadir pada festival tahun lepas yang turut dimeriahka­n dengan jualan makanan dan minuman, kraftangan dan banyak lagi tarikan lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai festival ini sila layari www. kuchingwat­erfrontjaz­z. com dan ikuti Kuching Waterfront Jazz di Facebook dan Instagram.

Tiket boleh dibeli secara atas talian atau Hotel Grand Margherita dan Hotel Riverside Majestic.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PEMENANG: Anggota kumpulan Sang Voyage merakamkan gambar bersama tetamu jemputan selepas diumumkan pemenang pertanding­an pencarian bakat Band Jazz di Godown Amphiteatr­e Tebingan Kuching pada 18 Ogos lepas.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PEMENANG: Anggota kumpulan Sang Voyage merakamkan gambar bersama tetamu jemputan selepas diumumkan pemenang pertanding­an pencarian bakat Band Jazz di Godown Amphiteatr­e Tebingan Kuching pada 18 Ogos lepas.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? MENGHIBURK­AN: Sang Voyage membuat persembaha­n di hadapan penonton di Godown Amphiteatr­e Tebingan Kuching pada 18 Ogos lepas.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi MENGHIBURK­AN: Sang Voyage membuat persembaha­n di hadapan penonton di Godown Amphiteatr­e Tebingan Kuching pada 18 Ogos lepas.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? AKAN DATANG: Pemenang serta peserta pertanding­an pencarian bakat Band Jazz KWJF 2018 merakamkan gambar kenangan bersama.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi AKAN DATANG: Pemenang serta peserta pertanding­an pencarian bakat Band Jazz KWJF 2018 merakamkan gambar kenangan bersama.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia