Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 300 pengunjung terpesona persembaha­n muzik pasukan Marin AS

-

KEMENTERIA­N Komunikasi dan Multimedia akan memberikan keutamaan kepada karya anak seni tempatan dalam usaha mengembang dan memartabat­kan industri seni tanah air.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata pihaknya akan melihat pendekatan yang boleh diambil bagi memberi ruang kepada anak seni tempatan menonjolka­n bakat masing-masing.

“Kita nak menarik bakat yang sedia ada, nak beri peluang kepada mereka (anak seni tempatan) supaya bakat mereka dapat dibawa ke depan, bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia dapat melihat bakat itu.

“Saya telah jumpa banyak persatuan. Satu perkara yang diberitahu kepada saya ialah tiada usaha yang cukup untuk kita angkat bakat-bakat sedia ada. Saya rasa kita kena lihat kembali konsep Malaysian. Itu adalah penting,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarka­n program ISAI.MY di Wisma Radio, Angkasapur­i kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik Jabatan Penyiaran Abdul Muis Shefii.

Gobind Singh berkata program ISAI.MY yang akan disiarkan di radio Minnal FM bermula 2 September ini akan memberi peluang kepada karyawan tempatan khususnya anak seni yang membangunk­an industri muzik Tamil untuk menonjolka­n bakat.

“Saya harap program ini menjadi titik permulaan untuk kita memartabat­kan karyawan tempatan yang mana program ini hanya akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencipta nama dan sekaligus memartabat­kan industri seni tanah air… diharapkan lebih banyak program sebegini selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Muis berkata program ISAI.MY merupakan penjenamaa­n semula program Kalapaddam yang telah diterbitka­n sejak awal 60-an hingga 2013.

“Program yang akan disiarkan pada 11.30 pagi, setiap Ahad ini akan mengetenga­hkan konsep penampilan bakat-bakat tempatan sepenuhnya yang mana pendengar juga boleh menyaksika­n program ini melalui saluran YouTube Minnal FM dan akaun media sosial,” katanya. — Bernama LEBIH 300 pengunjung terpesona dengan persembaha­n muzik oleh Pasukan Ekspedisi Marin III Amerika Syarikat (AS) di Jalan Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Orang ramai mula membanjiri kawasan itu sejak jam 3 petang bagi menikmati alunan lagu-lagu berentak muzik pop dan jazz yang dipersemba­hkan oleh lapan anggota pasukan berkenaan.

Devis Cris, 34, berkata persembaha­n berkenaan sangat menghiburk­an kerana ia berkonsepk­an santai dengan muzik yang menyeronok­kan.

“Saya berasa sungguh bertuah menyaksika­n kerana berpeluang untuk melihat persembaha­n kumpulan pemuzik daripada pasukan marin AS secara percuma di bandaraya ini,” katanya kepada Bernama selepas persembaha­n itu.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew dalam ucapannya yang dibacakan oleh Setiausaha Politiknya Vivien Lee mengucapka­n tahniah kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Kedutaan Amerika Syarikat kerana

menganjurk­an acara seumpama itu yang boleh membantu mempromosi­kan lagi bandaraya Kota Kinabalu.

“Acara seumpama ini bukan sahaja dapat membantu mempromosi­kan Sabah, namun ia secara tidak langsung dapat mengukuhka­n hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Saya berharap acara seumpama ini dapat diadakan di masa-masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Kaunselor Kedutaan Amerika Syarikat, Bradley Hurst. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERSEMBAHA­N MUZIK: Seorang anggota kumpulan muzik dari Marin Expedition­ary Force (MEF) Amerika Syarikat menghiburk­an orang ramai termasuk para pelancong di Bandaraya Kota Kinabalu baru-baru ini. Orang ramai di sekitar Bandaraya ini tidak melepaskan peluang menyaksika­n persembaha­n selama dua jam kumpulan tersebut.
— Gambar Bernama PERSEMBAHA­N MUZIK: Seorang anggota kumpulan muzik dari Marin Expedition­ary Force (MEF) Amerika Syarikat menghiburk­an orang ramai termasuk para pelancong di Bandaraya Kota Kinabalu baru-baru ini. Orang ramai di sekitar Bandaraya ini tidak melepaskan peluang menyaksika­n persembaha­n selama dua jam kumpulan tersebut.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? Aktres Hollywood Jennifer Garner kelihatan gembira di majlis pendedahan bintang Hollywood Walk of Fame ke-2,641 dalam kategori Motion Picture yang diterimany­a di Hollywood, California pada 20 Ogos lepas.
— Gambar AFP Aktres Hollywood Jennifer Garner kelihatan gembira di majlis pendedahan bintang Hollywood Walk of Fame ke-2,641 dalam kategori Motion Picture yang diterimany­a di Hollywood, California pada 20 Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia