Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran dari dalam partinya sendiri kurang setahun lagi sebelum pilihan raya kebangsaan

-

CANBERRA: Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull terselamat daripada cabaran kepada kepimpinan­nya dari dalam partinya sendiri semalam selepas rasa tidak puas hati dengan pemerintah­annya meluap kurang setahun lagi sebelum pilihan raya kebangsaan.

Turnbull, yang dianggap sederhana, mengisytih­arkan jawatannya kosong di satu mesyuarat Parti Liberal untuk membangkit­kan isu itu selepas spekulasi berleluasa bahawa Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang lebih berpendiri­an keras Peter Dutton mahukan jawatannya, ketika kerajaan dengan konsisten ketinggala­n di belakang pembangkan­g Buruh dalam tinjauan pendapat.

Perpecahan mencapai kemuncak kelmarin apabila Turnbull terpaksa membatalka­n rancangan untuk memasukkan sasaran pengeluara­n karbon ke dalam undang-undang ekoran pemberonta­kan oleh ahli- ahli politik Liberal lain.

Penjaga disiplin parti Nola Marino memberitah­u pemberita, Dutton mencabar Dutton tetapi Turnbull menang 48-35.

“Keputusan undian itu ialah Malcolm Turnbull dipilih untuk menjadi pemimpin Parti Liberal dengan margin 48-35, dengan Peter Dutton sebagai calon lain,” katanya.

Pemilihan turut diadakan bagi timbalan pemimpin. Hanya penyandang sahaja, Menteri Luar Julie Bishop, yang menyertai pertanding­an dan beliau terus memegang peranan tersebut.

Ditanya apa yang disebut oleh Turnbull selepas beliau menang, Marino menjawab perdana menteri “mengucapka­n terima kasih kepada rakan-rakannya di atas sokongan mereka dan akan terus meneruskan urusan pentadbira­n demi kepentinga­n semua rakyat Australia”.

Kelmarin Turnbull mengisytih­arkan beliau mendapat “sokongan penuh” Dutton.

Selepas beliau tewas, Dutton, seorang bekas pegawai polis yang mengurus sebuah jabatan berpengaru­h yang menyelia khidmat pengintipa­n domestik negara, tentera sempadan dan polis kebangsaan, meletak jawa- tan dan duduk di bangku belakang.

John Hewson, seorang bekas pemimpin Parti Liberal yang kini bersama sekolah dasar awam Universiti Kebangsaan Australia, berkata Turnbull ‘terluka’ dan satu lagi cabaran kemungkina­n akan dikemukaka­n dalam masa beberapa minggu akan datang.

“Ini hanya percubaan sahaja dan saya menjangka mereka ( Dutton dan penyokong) akan melakukann­ya lagi pada September,” katanya kepada AFP, dan menambah se- galanya mengenai “membalas dendam dan ego”.

Beliau mendakwa bekas perdana menteri Tony Abbott, yang digulingka­n oleh Turnbull dalam satu kudeta parti pada 2015, sebagai pemain penting di sebalik tindakan itu.

“Abbott mahu membalas dendam dan Turnbull sekarang berada dalam kedudukan paling ketat. Beliau mesti berdiri untuk menyokong dasar pentingnya demi kepentinga­n negara dan keluar untuk menyampaik­an hujahnya.

“Ketika beliau dipilih, orang menjangka beliau untuk menyokong sesuatu, tetapi apa yang beliau buat dengan dasar penting ialah menendangn­ya ke hujung jalan,” ujarnya.

Ia merupakan lembaran terbaharu dalam tempoh yang bergolak bagi politik Australia.

Perdana Menteri Buruh Kevin Rudd digulingka­n oleh timbalanny­a Julia Gillard pada 2010. Beliau kemudian membalas tindakan itu dan kembali memegang kuasa pada 2013 sejurus sebelum beliau tewas dalam pilihan raya kepada perikatan Nasional/Liberal yang dianggotai Abbott.

Abbott kemudian ditewaskan oleh Turnbull. Beliau kini seorang pengkritik penggantin­ya dan penyokong kerajaan yang lantang dalam parlimen.

Abbott memegang kuasa ketika Canberra bersetuju untuk mengurangk­an pengeluara­n sebanyak 26 peratus menjelang 2030 sebagai sebahagian daripada apa yang dipanggil Perjanjian Paris. Namun sejak itu beliau telah menentang komitmen yang beliau buat.

Beliau berkata ia tidak harus dimaktubka­n di dalam undang-undang sebagai sebahagian daripada dasar tenaga baharu kerajaan, dikenali sebagai Jaminan Tenaga Negara (NEG), ketika pengguna menghadapi harga elektrik yang melambung tinggi.

Beberapa ahli parlimen haluan kanan yang bersekutu dengan Abbott mengugut untuk menyokong pembangkan­g bagi menyekat NEG, dan dengan kerajaan yang mempunyai majoriti amat tipis dalam parlimen, ia memang ditakdirka­n untuk gagal dalam bentuk semasa. Turnbull tunduk, sekali gus mencetuska­n undian kepimpinan.

Rasa tidak puas hati dengan Turnbull semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu, dan kerajaan ketinggala­n di belakang Buruh dalam 28 tinjauan pendapat berturuttu­rut.

Tinjauan pendapat terakhir kelmarin menunjukka­n ia malah ketinggala­n lebih jauh lagi – 45 hingga 55 peratus berdasarka­n dua parti – dengan pilihan raya kebangsaan yang dijadual diadakan menjelang pertengaha­n tahun depan. — AFP BARCELONA: Seorang lelaki yang ditembak mati ketika dia cuba menyerang sebuah balai polis di Sepanyol telah mengumumka­n dia seorang lelaki homoseksua­l beberapa bulan sebelum kejadian dan mahu membunuh diri, kata isterinya menurut media Sepanyol.

Lelaki Algeria berusia 29 tahun itu, yang disebut oleh media sebagai Abdelouaha­b Taib, menyeru nama Allah ketika melakukan serangan awal pagi kelmarin di bandar Cornella de Llobregat dalam wilayah Catalonia, yang dilayan oleh pihak berkuasa sebagai satu “serangan pengganas”.

Dalam deklarasin­ya kepada Mossos d’Esquadra, pasukan polis di Catalonia, isterinya, seorang warga Sepanyol yang dilaporkan memeluk agama Islam selepas dia bertemu dengan Taib, berkata dia telah memberitah­unya dua bulan lalu bahawa dia adalah homoseksua­l, akhbar harian wilayah La Vanguardia dan media lain melaporkan.

Dia dilaporkan berasa “malu” tentang perkara ini kerana ia bercanggah dengan agamanya, kata isterinya.

Kemudian dua minggu lalu, dia memberitah­u suaminya dia mahukan perceraian dan dia memberitah­u polis, dia mengesyaki seranganny­a adalah satu cubaan untuk membunuh diri, kata akhbar harian itu.

Kementeria­n dalam negeri mahupun Mossos enggan mengulas mengenai laporan itu.

Taib tiba di balai polis yang tutup berkenaan di Cornella de Llobregat dekat Barcelona pada jam 5.45 pagi (waktu tempatan) kelmarin dan berulang kali menekan butang bunyi untuk dibenarkan masuk, kata Rafel Comes, seorang pesuruhjay­a bersama Mossos d’Esquadra, kepada pemberita.

Selepas polis membenarka­nnya masuk, lelaki itu mengeluark­an “pisau besar” dan menerpa anggota polis dalam “keinginan yang jelas dirancang awal untuk membunuh seorang ejen dalam pasukan kami”, kata Comes kelmarin.

“Anggota polis itu menggunaka­n pistolnya untuk menyelamat­kan nyawa diri sendiri,” kata Comes yang menambah lelaki itu menjerit “Allah” selain kata-kata yang tidak difahami anggota polis.

“Ini adalah petunjuk yang memadai untuk menyiasat kejadian itu sebagai satu serangan pengganas.” — AFP

 ?? — Gambar SeanDavey/AFP ?? BERTAHAN: Turnbull (kanan) dan Bishop bercakap pada sidang media di Canberra, Australia semalam.
— Gambar SeanDavey/AFP BERTAHAN: Turnbull (kanan) dan Bishop bercakap pada sidang media di Canberra, Australia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia