Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih sejuta penuhi kem bantuan untuk mangsa banjir India

-

CHENGANNUR: Lebih sejuta orang memenuhi kem bantuan untuk menyelamat­kan diri daripada banjir monsun buruk yang sudah mengorbank­an lebih 410 orang di negeri Kerala, barat daya India, kata pegawai semalam.

Kira-kira 50,000 rumah sudah musnah, menurut seorang ahli perundanga­n Kerala, dan orang ramai membanjiri kem sementara skala kemusnahan didedahkan oleh air yang surut.

Seramai 1,028,000 orang kini direkodkan di kirakira 3,200 kem bantuan di seluruh negeri, kata seorang jurucakap kerajaan negeri kepada AFP.

Enam mayat lain dijumpai kelmarin, ujarnya, menjadikan bilangan kematian kepada lebih 410 sejak monsun bermula Jun lalu.

Di Chengannur, salah sebuah bandar paling teruk terjejas, air setinggi 60 sentimeter masih menyekat banyak jalan apabila hujan terus turun semalam.

Pasukan tentera berkata beberapa ribu orang di bandar berkenaan terus berada dalam rumah yang ditenggela­mi hujan lebat selama 10 hari yang telah melanda negeri itu.

Pasukan penyelamat di Chengannur semalam akhirnya sampai ke rumah pesara tentera K. G. Pillai, yang menyatakan air setinggi 2.4 meter telah menenggela­mi rumah di mana keluargany­a sudah tinggal sejak 1952.

“Pada masa lalu, banjir tidak pernah melebihi satu kaki dan orang tidak biasa dengan ini,” katanya.

Banyak jalan dan rumah di sekitar rumah Pillai masih tidak dapat diakses.

“Kira-kira 26 orang pindah ke tingkat atas rumah kami” untuk berlindung daripada banjir, katanya.

Seorang pegawai kanan tentera yang terbabit dalam operasi menyelamat di Chengannur berkata pihak berkuasa percaya kebanyakan orang yang masih tinggal di bandar tidak mahu berpindah sebaliknya mahukan makanan dan air.

“Kami menerima panggilan kecemasan lewat semalam untuk menyelamat­kan seorang kanak-kanak kurang upaya dan akan masuk pada hari ini dengan menaiki bot untuk memeriksa sama ada orang lain juga memerlukan bantuan ataupun tidak,” katanya.

Ribuan anggota tentera darat, tentera laut dan tentera udara telah digerakkan ke seluruh negeri untuk membantu mereka yang terkandas di kawasan terpencil atau berbukit.

Puluhan helikopter dan malah dron telah menggugurk­an makanan, ubat-ubatan dan air ke kampung yang terputus jalan.

Puluhan ribu penduduk di Chengannur dan kampung serta bandar sekitar bergantung kepada dapur komuniti untuk mendapatka­n makanan, selepas air dari daerah berbukit di utara Kerala mengalir ke kawasan tanah rendah.

“Orang ramai kehilangan semua atau kebanyakan harta milik mereka sejak beberapa hari lalu,” kata pegawai itu.

Shashi Tharoor, seorang timbalan dari Kerala dan bekas pegawai Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), menganggar­kan 50,000 rumah musnah.

Beliau berkata beliau akan mendapatka­n bantuan PBB dalam usaha bantuan apabila beliau melawat Geneva pada minggu ini.

Derma sebanyak jutaan dolar sudah dicurahkan ke negeri itu dari negeri lain di India dan seberang laut sejak kemusnahan diketahui skalanya. — AFP

 ?? — Gambar Sivaram V/Reuters ?? BERATUR: Mangsa banjir beratur untuk menerima makanan di dalam auditorium kolej yang telah diubah menjadi kem perlindung­an sementara, di Kochi di negeri Kerala, selatan India kelmarin.
— Gambar Sivaram V/Reuters BERATUR: Mangsa banjir beratur untuk menerima makanan di dalam auditorium kolej yang telah diubah menjadi kem perlindung­an sementara, di Kochi di negeri Kerala, selatan India kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia