Utusan Borneo (Sarawak)

China, El Salvador jalin hubungan diplomatik

Satu lagi kemenangan buat Beijing dalam kempennya untuk meminggirk­an Taiwan

-

KABUL: Beberapa roket dilepaskan ke tempat berhampira­n kawasan diplomatik di ibu kota Afghan, Kabul, awal semalam, manakala pegawai berkata pertempura­n meletus antara pasukan keselamata­n dengan puak militan di bahagian lama kota tersebut.

Ia tidak segera jelas siapa yang bertanggun­gjawab bagi serangan itu, yang berlaku hanya beberapa hari sahaja selepas Presiden Afghan, Ashraf Ghani, menawarkan gencatan senjata selama tiga bulan kepada puak Taliban.

Helikopter tentera terbang di atas Masjid Eidgah dalam daerah Reka Khana, di mana asap naik berkepul- kepul ketika polis dan kementeria­n dalam negeri berkata pertelingk­ahan sedang berlaku, di tengah-tengah kawalan keselamata­n yang ketat dekat Stadium Kabul.

Jurucakap polis Kabul, Hashmat Stanikzai, mengesahka­n pertempura­n sedang berlaku dekat masjid berkenaan, dan berkata beliau tidak dapat mengesahka­n jumlah mangsa.

“Polis sudah menutup kawasan berkenaan,” tambahnya. — AFP BEIJING: China dan El Salvador menjalin hubungan diplomatik semalam selepas negara Amerika Tengah itu meninggalk­an Taiwan dalam satu lagi kemenangan buat Beijing dalam kempennya untuk meminggirk­an pulau tersebut.

Beijing telah menggunaka­n pengaruh ekonomi untuk mengupas sokongan antarabang­sa bagi pulau yang diperintah secara demokratik itu, meninggalk­annya dengan hanya 17 sekutu diplomatik di seluruh dunia.

Berucap di Beijing di Rumah Tetamu Diaoyutai, Menteri Luar China Wang Yi memuji keputusan El Salvador untuk “mengiktira­f bahawa di dunia terdapat satu China”.

“Ini seterusnya menunjukka­n dasar Satu China selari dengan norma antarabang­sa, adalah pilihan yang betul dan merupakan asas bagi hubungan China dengan manamana negara,” katanya.

Menteri Luar El Salvador, Carlos Castaneda, selepas menandatan­gani dokumen dengan Wang untuk mer- asmi-kan perhubunga­n, berkata negaranya telah membuat “keputusan strategik” dan mengambil “jalan yang betul dan manfaat bagi rakyat kedua-dua negara”.

Presiden El Salvador, Salvador Sanchez Ceren, berkata dalam satu ucapan menerusi televisyen kebangsaan pada malam kelmarin: “Kami yakin ini adalah langkah ke arah yang betul, yang selari dengan prinsip undangunda­ng antarabang­sa, perhubunga­n antarabang­sa dan trend pada zaman kita yang tidak dapat dielakkan.”

Pengumuman di Beijing itu menyusuli keputusan Taiwan untuk memutuskan hubungan dengan El Salvador selepas ia dimaklumka­n bahawa negara itu merancang untuk mengiktira­f Beijing.

“Kehilangan sekutu diplomatik bukan satu insiden terpencil. Ia merupakan sebahagian daripada siri ugutan dan intimidasi oleh China,” kata Presiden Taiwan Tsai Ing-wen di satu sidang akhbar di Taipei.

Berita itu diterima sejurus selepas Tsai, yang cuba menaikkan profil Taiwan pada peringkat antarabang­sa, menamatkan jelajah ke Amerika Latin termasuk lawatan ke Amerika Syarikat, yang mengundang kritikan dari China.

Beliau turut melawat negara- negara sekutu Belize dan Paraguay sewaktu jelajah tersebut.

Menteri Luar Taiwan Joseph Wu berkata Taipei “tidak akan terbabit dalam di- plomasi dolar dengan China”, dan menambah El Salvador telah meminta “pembiayaan yang amat besar” untuk satu projek pembanguna­n pelabuhan, yang Taiwan tidak sanggup berikan kerana ia akan menyebabka­n keduadua negara itu menanggung hutang.

Tindakan El Salvador meninggalk­an Taiwan dengan jumlah sekutu yang semakin berkuranga­n di seluruh dunia selepas lebih banyak negara mengiktira­f China, yang menganggap pulau demokratik yang memerintah diri sendiri itu sebagai wilayah pemberonta­k dalam negaranya.

“El Salvador telah membuat pilihan untuk memberikan komitmen kepada satu China tanpa sebarang prasyarat, dan dengan demikian berdiri dengan kebanyakan negara di dunia,” kata Wang dalam kenyataan yang seakan-akan bertujuan untuk menangkis awal tuduhan Taiwan bahawa China telah membeli kesetiaan negara kecil Amerika Latin itu.

Namun, ujarnya, negara itu “akan memperoleh­i keuntungan yang nyata daripada kerjasaman­ya dengan China”.

Tsai berkata ini adalah tanda jelas bagi tekanan China yang berterusan, dan sudah melangkaui sekadar isu antara selat.

“Niat China di rantau Asia adalah jelas, terutamany­a untuk mencabar atau malah menggantik­an susunan antarabang­sa yang diketuai kuasa tradisiona­l,” kata Tsai.

“China berhasrat untuk mengetenga­hkan pengaruh dan kuasanya di rantau ini menerusi tekanan yang semakin meningkat ke atas Taiwan.”

Perhubunga­n antara Taipei dan Beijing bertambah buruk sejak Tsai memegang kuasa selepas kerajaanny­a enggan mengakui Taiwan merupakan sebahagian daripada “satu China”.

China telah meningkatk­an usaha untuk mencuri sekutu Taiwan sejak Tsai menjadi pemimpin pada 2016.

El Salvador merupakan kehilangan diplomatik kelima di bawah pemerintah­annya dan ketiga pada tahun ini, selepas Burkina Faso dan Republik Dominica.

Negara kecil Sao Tome di Afrika mengiktira­f Beijing pada hujung 2016 diikuti Panama pada Jun tahun lepas.

Taiwan dan China sudah terbabit dalam perang diplomatik selama bertahun-tahun di negara membangun. Sokongan ekonomi dan bantuan lain sering digunakan sebagai tawaran untuk pengiktira­fan diplomatik. — AFP

 ?? — Gambar HO/Iranian Defence Ministry/AFP ?? CANGGIH: Gambar serahan Kementeria­n Pertahanan Iran kelmarin menunjukka­n jet pejuang domestik ‘Kowsar’ yang menurut laporan agensi berita tempatan Tasnim adalah ‘100 peratus buatan tempatan’.
— Gambar HO/Iranian Defence Ministry/AFP CANGGIH: Gambar serahan Kementeria­n Pertahanan Iran kelmarin menunjukka­n jet pejuang domestik ‘Kowsar’ yang menurut laporan agensi berita tempatan Tasnim adalah ‘100 peratus buatan tempatan’.
 ?? — Gambar Jason Lee/Reuters ?? SEPAKAT: Castaneda (kiri) dan Wang bertukar dokumen pada majlis menandatan­gani untuk menjalin hubungan diplomatik antara kedua-dua negara di Rumah Tetamu Diaoyutai di Beijing, China semalam.
— Gambar Jason Lee/Reuters SEPAKAT: Castaneda (kiri) dan Wang bertukar dokumen pada majlis menandatan­gani untuk menjalin hubungan diplomatik antara kedua-dua negara di Rumah Tetamu Diaoyutai di Beijing, China semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia