Utusan Borneo (Sarawak)

Iran pamer jet pejuang domestik pertama

-

TEHRAN: Iran mempamerka­n jet pejuang domestik pertamanya di pertunjuka­n pertahanan di Tehran semalam.

Imej dalam televisyen kerajaan menunjukka­n Presiden Hassan Rouhani duduk dalam kokpit pesawat ‘ Kowsar’ baharu di pameran Industri Pertahanan Negara.

Ia merupakan jet pejuang generasi keempat, dengan “avionik canggih” dan radar pelbagai tujuan, kata agensi Tasnim itu, yang menambah ia adalah “100 peratus dibuat oleh warga tempatan”.

TV kerajaan berkata pesawat itu sudah menjalani ujian yang berjaya dan menunjukka­n ia menunggu di landasan untuk penerbanga­n pertunjuka­n awam pertamanya.

Pesawat itu pertama kali diumumkan secara terbuka Sabtu lepas oleh Menteri Pertahanan Amir Hatami, yang menyatakan ia akan dipamerkan hari ini (Rabu).

Beliau tidak memberi banyak maklumat tentang projek itu, sebaliknya fokus kepada usaha Iran untuk menaik taraf pertahanan misil.

Hatami berkata program pertahanan itu didorong oleh memori serangan misil yang dialami sewaktu perang selama lapan tahun bersama Iraq pada zaman 1980-an, dan oleh ancaman demi ancaman daripada Israel dan Amerika Syarikat (AS) bahawa “semua pilihan ada di atas meja” dalam menangani republik Islam itu.

“Kami sudah belajar dalam perang Iran- Iraq bahawa kami tidak dapat bergantung kepada sesiapa kecuali diri sendiri. Sumber kami terbatas dan kami komited kepada usaha untuk menjaga keselamata­n dengan kos minimum,” katanya dalam satu temu ramah televisyen.

AS sudah menjual senjata api bernilai ratusan bilion dolar kepada musuh serantau Iran, tetapi menuntut agar Tehran mengekang program pertahanan­nya, dan sedang dalam proses untuk mengenakan semula sekatan yang melumpuhka­n dalam usaha untuk memaksa penyerahan­nya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia