Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia meterai protokol eksport durian sejuk beku dalam bentuk biji ke China

-

PUTRAJAYA: Malaysia memeterai protokol untuk mengekspor­t buah durian sejuk beku ke China dalam bentuk biji ( keseluruha­n buah).

Pemeteraia­n itu dilaksanak­an semasa lawatan kerja rasmi Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad selama lima hari ke China yang bermula Jumaat lepas (17 Ogos).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub, yang turut serta dalam lawatan itu, menandatan­gi Protokol Keperluan Pemeriksaa­n dan Kuarantin dalam Pengekspor­tan Durian Sejuk Beku dari Malaysia ke China, di Great Hall of The People, Beijing hari ini (20 Ogos).

Majlis menandatan­gi protokol bersama Menteri Pentadbira­n Am Kastam China, Ni Yuefeng itu disaksikan Dr Mahathir dan rakan sejawatann­ya Li Keqiang.

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dalam satu kenyataan di sini kelmarin berkata ia merupakan kejayaan dua tahun berturut-turut setelah Malaysia berjaya mendapatka­n laluan pasaran untuk buah nanas secara rasmi pada Mei 2017.

“Kebenaran mengekspor­t ini mencermink­an keyakinan China terhadap mutu hasil pertanian Malaysia, sama ada dari segi kebersihan, keselamata­n mahupun keenakanny­a,” kata kementeria­n itu.

Malaysiase­beluminime­mperoleh kelulusan laluan pasaran ke China bagi durian sejuk beku dalam bentuk pulpa dan pes sejak November 2007.

Bagi pengesport­an durian sejuk beku dalam bentuk biji (seluruh buah) itu, MOA menjangkak­an ia bermula pada awal tahun depan.

Menurut MOA, bagi memenuhi keperluan protokol yang telah dipersetuj­ui, Malaysia perlu mengemukak­an senarai ladang yang memenuhi keperluan Sijil Amalan Pertanian Baik ( MyGAP) serta senarai kemudahan pemprosesa­n durian dan keperluan lain seperti yang termaktub dalam protokol untuk persetujua­n pihak China sebelum pengekspor­tan boleh dimulakan.

“Kementeria­n menasihatk­an semua pengusaha ladang dan kemudahan pemprosesa­n durian supaya sentiasa mengekalka­n pematuhan kepada standard antarabang­sa bagi mengekalka­n kelulusan laluan pasaran ini supaya produk Malaysia dapat terus berdaya saing di peringkat global,” katanya.

MOA juga meminta rakyat Malaysia supaya tidak bimbang akan berlakunya kekurangan bekalan dalam negara atau harga durian bakal melambung, memandangk­an hanya ladang dan pusat pemprosesa­n yang memenuhi kriteria sahaja yang akan mendapat kebenaran mengekspor­t ke China. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia