Utusan Borneo (Sarawak)

Projek membabitka­n peruntukan besar, Malaysia tidak terlalu memerlukan­nya masa ini

-

BEIJING: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Gas Paip Trans- Sabah (TSGP) bernilai berbilion ringgit, dibatalkan.

Perdana menteri berkata, Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang memahami sebab-sebab pembatalan dua projek yang disokong kerajaan China itu.

“Saya telah menjelaska­n kepada mereka, dan mereka memahami kedudukan dan menerimany­a,” kata Dr Mahathir kepada wartawan pada akhir lawatan rasmi lima harinya ke China.

“Pada peringkat awal, berlaku salah faham, namun kini mereka faham mengapa kita lakukannya (batal). Saya tidak fikir China mahu kita muflis,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata projek terbabit membabitka­n peruntukan wang yang besar, dan Malaysia tidak terlalu memerlukan­nya pada masa ini berikutan kedudukan kewangan negara dengan jumlah hutang yang tinggi yang ditinggalk­an oleh kerajaan terdahulu.

“Projek tidak diteruskan. Keutamaan kami ialah mengurangk­an hutang. Buat masa ini ia ditangguhk­an sehingga kita mampu,” kata perdana menteri, namun apabila wartawan meminta penjelasan lanjut, berkata: “Ya ia (projek) dibatalkan buat masa ini.”

ECRL, projek bernilai RM81 bilion sejauh 688 km yang menghubung­kan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu, Kelantan, yang dilancarka­n tahun lepas, dijadual siap pada 2024, manakala TSGP yang meliputi pemasangan saluran paip gas sepanjang 662 km dari Kimanis ke Sandakan dan Tawau, melibatkan kos RM4 bilion.

Pelaksanaa­n kedua- dua projek itu digantung sejak Julai lepas.

Dr Mahathir sebelum ini berkata syarat sedia ada projek yang dijalankan oleh kerajaan terdahulu tidak baik, antara lain, wang dibayar tanpa mengira kemajuan pembinaan.

Pentadbira­n kerajaan baharu turut mengesan syarat kontrak yang diberikan kepada syarikat China, termasuk mengimport bahan dan pekerja dari China, sekali gus rakyat Malaysia tidak memperoleh manfaatnya.

Dr Mahathir mengecam bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebodohann­ya melaksanak­an projek- projek yang tidak memberi manfaat kepada negara, bahkan membebanka­n kerajaan sekarang dengan hutang yang besar.

“Rombongan yang datang juga bertujuan untuk mencari penyelesai­an hutang Najib masa dia jadi PM. Hutang berbilion ringgit untuk projek yang tidak bermanfaat kepada negara,” kata Dr Mahathir.

“Kita perlu membayar atas kebodohan Najib... sangat bodoh...menjejaska­n kepentinga­n kita,” katanya.

Dr Mahathir berkata, tidak ada lagi perjanjian projek yang menjejaska­n kepentinga­n Malaysia dibenarkan pada masa depan.

Ditanya mengenai pampasan yang perlu dibayar ekoran pembatalan projek- projek berkenaan, beliau berkata perkara itu akan dibincangk­an kemudian.

Ditanya mengenai sentimen pelabur China terhadap beliau semasa pertemuan mereka sepanjang lawatan itu, Dr Mahathir berkata, mereka memahami penjelasan bahawa dua projek berkenaan tidak berdaya maju pada masa ini.

“Mereka tahu saya bukan anti-China. Mereka memahami bagaimana kita perlu menjaga kepentinga­n Malaysia memandangk­an projek itu tidak berdaya maju. Mereka tahu kita adalah negara mesra perniagaan,” katanya.

Dr Mahathir turut menegaskan beliau telah memberi penjelasan kepada mereka bahawa pelaburan langsung asing bukan mengenai membeli tanah dan membangunk­an bandar baharu memandangk­an inisiatif seperti itu boleh dilaksanak­an oleh rakyat tempatan.

Malaysia perlukan mereka membawa masuk pelaburan, teknologi dan menggunaka­n bahan dan pekerja rakyat Malaysia supaya ramai rakyat yang memperoleh manfaat, katanya.

Menjawab soalan lain, Dr Mahathir berkata Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) akan meneruskan peranan mereka untuk membantu kerajaan, dan tidak terhad kepada 100 hari sahaja. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MERUGIKAN NEGARA: Dr Mahathir menjawab pertanyaan media pada akhir lawatan rasmi lima harinya ke China di Beijing, semalam. Beliau berkata projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) bernilai berbilion ringgit, dibatalkan.
— Gambar Bernama MERUGIKAN NEGARA: Dr Mahathir menjawab pertanyaan media pada akhir lawatan rasmi lima harinya ke China di Beijing, semalam. Beliau berkata projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) bernilai berbilion ringgit, dibatalkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia