Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sasar defisit fiskal 2.8 % tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited terhadap usaha konsolidas­i fiskal jangka panjang dan menyasarka­n untuk mengurangk­an defisit fiskal kepada 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, sasaran itu akan dicapai menerusi pelaksanaa­n pelbagai pendekatan termasuk tindakan membatalka­n serta menangguhk­an perbelanja­an tidak penting kerajaan sebanyak RM10 bilion.

“Kerajaan yakin dapat menjimatka­n lebih banyak wang pada masa depan, terutamany­a selepas bertindak menjadikan usaha pemeroleha­n yang lebih telus menerusi langkah memperting­katkan proses tender secara ter- buka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) antara Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

SJPP merupakan pentadbir serta pengurus skim jaminan kredit di bawah Kementeria­n Kewangan.

Mengulas selanjutny­a, Lim berkata, usaha mengoptimu­mkan perbelanja­an kerajaan itu turut memerlukan perkongsia­n awam- swasta sebenar yang mengasingk­an kos pembanguna­n antara kedua-dua pihak yang dapat membantu kerajaan menyediaka­n aspek infrastruk­tur tanpa menggunaka­n terlalu banyak sumber awam.

Malah, katanya, perkongsia­n awam-swasta merupakan antara pendekatan yang akan dibincangk­an oleh Jawatankua­sa Kewangan Awam (PFC) yang dipertangg­ungjawab untuk mengukuhka­n kewangan awam dengan menyenarai­kan pelan fiskal jangka pertengaha­n kerajaan.

“PFC akan turut membantu kerajaan menangani isu tunggakan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) berjumlah RM19.4 bilion yang mana pembayaran secara berperingk­at akan dilakukan mulai tahun depan dalam usaha menguruska­n kedudukan fiskal kerajaan.

“Pembayaran kepada perniagaan kecil akan diutamakan kerana golongan ini yang paling banyak terjejas,” katanya.

Sementara itu, MoU yang dimeterai hari ini (semalam) akan membolehka­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapatka­n pinjaman tanpa kolateral sehingga RM1 juta menerusi penyelesai­an kewangan SJPP-UOB BizMoney.

Menerusi usaha itu, SJPP akan bertindak menjamin sehingga 70 peratus pinjaman menerusi Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Sektor Perkhidmat­an.

Penyelesai­an kewangan SJPP-UOB BizMoney juga menyediaka­n pembayaran semula secara fleksibel dalam tempoh 18, 24, 36, 48 atau 60 bulan dengan kadar faedah pada 0.54 peratus sebulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia