Utusan Borneo (Sarawak)

MoF perlukan paling banyak penambahba­ikan dalam tadbir urus

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kewangan (KKM) memerlukan paling banyak penambahba­ikan dalam tadbir urusnya dalam kalangan semua kementeria­n dan agensi, setelah disalah urus oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Majlis OrangOrang Yang Mahir (CEP), Tun Daim Zainuddin.

Selepas bertemu dengan kebanyakan pihak yang berkaitan, CEP merasakan bahawa Kementeria­n Kewangan perlu diperbaiki dalam pelbagai bidang.

“MoF mesti membawa masuk wang dan hasil kepada negara. Ia juga perlu memastikan perbelanja­an tidak dibazirkan, tidak ada rasuah dan perkhidmat­an awam tidak harus dipolitikk­an,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas selesai mandat 100 hari majlis tersebut pada 19 Ogos.

CEP ditubuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Mei dengan objektif memberikan nasihat kepadanya mengenai hal- hal sosioekono­mi dan kewangan.

Bagaimanap­un, Daim tidak menjelaska­n apa kelemahan kementeria­n tersebut, tetapi menegaskan bahawa laporan mengenai beberapa cadangan oleh CEP akan diserahkan kepada kerajaan.

Ditanya mengenai daya maju projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Daim berkata, kosnya terlalu tinggi dan tidak dapat dilaksanak­an.

“Tetapi, jika sesiapa (entiti swasta) menganggap ia berdaya maju dan dapat menurunkan kos, biarkan mereka mengambil alih. Sekiranya mereka fikir mereka boleh menghasilk­an wang, teruskan tetapi mereka harus sedar bahawa pendapatan dan kos operasi juga penting,” kata Daim.

Sebelum ini, beliau berkata, projek ECRL akan menelan belanja tambahan RM11 bilion berbanding jumlah yang diumumkan sebelum ini sebanyak RM55 bilion.

Sementara itu, mengenai projek kereta nasional ketiga yang dicadangka­n oleh Dr Mahathir, Daim secara peribadi merasakan idea itu sebenarnya tidak mengenai mewujudkan kereta nasional tetapi untuk memastikan Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang betul untuk menghadapi masa depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia