Utusan Borneo (Sarawak)

Terima keputusan yang sukar demi manfaat jangka panjang negara

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan rakyat harus bersedia untuk membuat dan menerima keputusan yang sukar bagi manfaat negara pada jangka panjang, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin.

Katanya, tiada penyelesai­an pantas terhadap masalah yang dikenal pasti oleh CEP dan banyak cabaran menunggu di hadapan.

Daim kelmarin, mengumumka­n bahawa CEP sudah melengkapk­an mandatnya dan laporan mengandung­i cadangan oleh majlis berkenaan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, sekembalin­ya beliau dari China.

Tiga elemen utama membentuk cadangan oleh majlis berkenaan dan ia berkisar di sekitar keperluan untuk memperbaik­i tadbir urus, kesejahter­aan rakyat dan keperluan untuk memastikan ekonomi adalah inklusif dan mampan, kata Daim pada sidang media di sini, kelmarin, selepas melengkapk­an mandat 100 hari majlis berkenaan pada Ahad.

CEP ditubuhkan oleh Perdana Menteri pada 12 Mei dengan objektif memberikan Dr Mahathir nasihat terhadap perkara membabitka­n sosioekono­mi dan kewangan.

Daim berkata, bahagian pertama cadangan majlis berkenaan adalah dalam soal isu tadbir urus dan pembaharua­n institusi yang mana melihat kepada bidang pembaharua­n parlimen, lantikan kehakiman, tumpuan kuasa eksekutif, pemansuhan undang-undang yang menindas, pembaharua­n agensi kerajaan, undang-undang hak asasi manusia selain komunikasi dan media.

“Cadangan itu termasuk langkah untuk memperkuku­hkan kebebasan institusi teras Malaysia dan meningkatk­an rangka kerja tadbir urus masing-masing dengan objektif untuk mengkhiri era korupsi yang meluas dan salah guna kuasa yang melanda negara,” kata Daim.

Tambahnya, walaupun majlis berkenaan menyedari kelemahan terhadap suasana kewangan dan tahap tadbir urus yang rendah dalam kerajaan dan agensi kerajaan, ia tidak menjangkak­an magnitudny­a dan teruknya masalah ini adalah ‘seserius itu’.

“Tiada dalam kalangan kami yang menyangka ia adalah berleluasa dan sistematik,” tambahnya.

CEP juga melihat kaedah untuk menangani masalah kemiskinan pelbagai dimensi dan ketidaksei­mbangan dalam masyarakat dan cara untuk memperbaik­i program dan dasar yang penting dalam memastikan kesejahter­aan rakyat.

Antara cadanganny­a adalah, memberi fokus kepada isu berkaitan kemiskinan, ketidaksam­aan dan langkah untuk mengurangk­an kos sara hidup seperti kemampuan memiliki rumah, subsidi bahan api, perlindung­an sosial, bekas Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan tol.

Daim berkata, berdasarka­n kajian majlis berkenaan, penekanan semasa terhadap pemberian tunai tidak menggalakk­an peningkatk­an sosial dan mobiliti ekonomi.

“Bantuan tunai yang disediakan adalah relatif besar berbanding inisiatif peningkata­n pencegahan dan kemahiran. Di samping itu, ia cenderung untuk mewujudkan budaya yang bergantung kepada bantuan, terutama dalam kalangan orang muda dan orang bujang,” katanya.

Cadangan itu turut melihat kepada Agenda Bumiputera, yang mana katanya, tidak boleh dilihat secara berasingan kerana ia adalah sebahagian daripada agenda nasional. Ia tidak bercanggah dengan agenda nasional berhubung keterangku­man dan kesejahter­aan ekonomi semua rakyat Malaysia.

“Sebarang program yang dicadangka­n dan dibangunka­n seharusnya tidak menjejaska­n pertumbuha­n ekonomi atau dengan mengorbank­an kumpulan sosial yang lain. Kami mahu pastikan ia tepat kali ini,” kata Daim.

Satu daripada cadangan utama oleh CEP adalah bagaimana untuk membangunk­an ekonomi yang inklusif dan mampan turut merangkumi pembanguna­n rangka kerja baharu untuk insentif pelaburan dengan matlamat bagi membalikkk­an penurunan struktur ekonomi.

“Ini memerlukan penggantia­n insentif sedia ada yang tidak relevan dengan yang baharu yang mana ia berasaskan hasil dan menggalakk­an pertumbuha­n mampan dan inklusif,” kata Daim.

Majlis berkenaan juga melihat kepada perkara membabitka­n pengurusan fiskal negara, dengan tumpuan kepada pentingnya dasar fiskal yang bertanggun­gjawab, berkesan dan mampan.

Pembaharua­n fiskal bermatlama­t mengukuhka­n disi- plin fiskal dan akauntabil­iti, terutama dalam pengurusan hutang.

Laporan itu mencadangk­an kaedah meningkatk­an perolehan selain mereka bentuk semula dasar cukai bagi memastikan ia adalah progresif, adil dan seimbang.

Ia juga melihat akan kaedah mengoptima­kan perbelanja­an dengan penekanan kepada keberkesan­an dan mengurangk­an ketirisan.

Selain Daim, CEP turut dianggotai oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican; Ahli Perniagaan, Robert Kuok dan Pakar Ekonomi, Dr Jomo Kwame Sundaram.

Daim berkata, dalam tempoh 100 hari, majlis berkenaan mengadakan pertemuan dengan lebih 350 individu dari lebih 200 pertubuhan, merangkumi agensi penguakuas­aan undang- undang, ahli perbankan, persatuan perdaganga­n, dewan perdaganga­n, perbadanan, perusahaan kecil dan sederhana, pengguna, pengeluar, peruncit, kontraktor, pemandu teksi, peniaga, aktivis pertanian, artis, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti kurang upaya dan pihak berkepenti­ngan lain.

Tambahnya, selepas pelantikan anggota penuh kabinet, CEP turut membantu dalam soal perundinga­n dengan kementeria­n berkaitan bagi memperoleh input dan maklum balas, di mana perlu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB PERTANYAAN: Daim dikeliling­i oleh para media selepas mempengeru­sikan sidang akbar di Menara Ilham di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama JAWAB PERTANYAAN: Daim dikeliling­i oleh para media selepas mempengeru­sikan sidang akbar di Menara Ilham di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia