Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia berjaya tarik 10 pelaburan bernilai RM26 bilion tahun lepas Industri petrokimia bakal tarik lebih banyak pelaburan

-

KUALA LUMPUR: Industri petrokimia Malaysia dijangka menarik lebih banyak aliran masuk pelaburan menerusi pembanguna­n projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), berikutan pelaburan telah mencecah RM15.3 bilion bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Isham Ishak berkata Malaysia berjaya menarik 10 pelaburan bernilai RM26 bilion dalam industri petrokimia tahun lepas.

“Memandangk­an kita semakin menghampir­i kapasiti sepenuhnya di Pengerang, kami berharap ia akan menjadi pemangkin, tarikan kepada pelabur lain untuk menjadikan Pengerang sebagai pembekal imput untuk menghasilk­an lebih banyak produk hiliran, khususnya dalam penghasila­n plastik.

“Ia bukan seperti plastik biasa kerana menggunaka­n produk jenis baharu,” katanya kepada pemberita di luar Persidanga­n Industri Petrokimia Asia 2018 (APIC 2018) di sini semalam.

Projek PIC Petronas yang telah 93 peratus siap setakat Julai 2018, berada pda kedudukan yang baik untuk memulakan aktiviti penapisan pada suku pertama 2019.

Isham berkata MITI yakin senario pelaburan bergerak ke hadapan dengan lebih progresif serta kitaran yang menarik berikutan pentadbira­n baharu negara, yang memperkuku­h tumpuan kepada ketelusan, di samping memberikan sokongan kepada industri untuk berkembang.

Beliau berkata banyak persoalan muncuk, khususnya dalam sektor pembuatan, berikutan berlakunya ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China.

Sementara itu, beliau berkata MITI akan melancarka­n pelan tindakan Industri 4.0 pada minggu kedua September.

“Kita tidak mahu ketinggala­n kerana jika kita kekal pada tahap teknologi sedia ada, kita akan ketinggala­n di belakang,” katanya, sambil menambah Industri 4.0 akan membantu mengerakka­n sektor pembuatan ke tahap lebih tinggi, dan MITI berharap penggiat industri akan menerima teknologi itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Isham (kanan) melawat gerai selepas pelancaran di persidanga­n Industri Petrokimia Asia (APIC) 2018 di Pusat Konvensyen di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Isham (kanan) melawat gerai selepas pelancaran di persidanga­n Industri Petrokimia Asia (APIC) 2018 di Pusat Konvensyen di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia