Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat gelatin halal China AMINBIO rancang bina kilang pembuatan bio-gelatin di Melaka

-

KUALA LUMPUR: Eastern & Oriental Bhd (E&O) sedang merancang untuk membina projek-projek bernilai RM1.5 bilion dalam tempoh dua tahun.

Pengarah Urusan Kok Tuck Cheong berkata, projekproj­ek itu terdiri daripada The Conlay di ibu negara yang memiliki nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM896 juta dan The Peak (GDV RM278 juta) di Damansara Heights.

Satu lagi projek adalah Plot 13A yang terletak di Gurney Green Park, Pulau Pinang dengan GDV sebanyak RM350 juta.

“The Conlay merupakan projek pembanguna­n menara tinggi secara usaha sama dengan Mitsui Fudosan, sebuah pangsapuri kediaman dengan reka bentuk ikon yang terserlah di kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat yang ke-91 semalam.

Syarikat juga mensasarka­n jualan baharu sebanyak RM400 juta pada tahun kewangan 2019 khususnya daripada hartanah sedia ada seperti Quayside, Pulau Pinang.

Beliau ketika bercakap mengenai unjuran, memberitah­u sumber syarikat dalam tahun kewangan yang berikutnya akan disalurkan ke arah pelancaran sulung Seri Tanjung Pinang (STP) 2 pada tahun depan.

Tebus guna STP2A (fasa pertama tebus guna), telah pun menerima kesemua hak milik tanah, kini sedang berjalan lancar dan sudah siap 95 peratus.

“Walaupun pasaran hartanah kekal mencabar disebabkan pinjaman yang lebih ketat serta faktor luaran yang tidak menentu, kami bernasib baik bahawa kos bahan binaan adalah lebih murah dahulu, berbanding sekarang. Jadi, kami boleh bermain harga tetapi kami juga mahu menjadi lebih bertanggun­gjawab kepada pembeli,” kata Kok.

Beliau juga berkata prospek di United Kingdom terus mencabar berikutan ketidakten­tuan Brexit masih berterusan.

“Buat masa sekarang, kami tidak merancang untuk membuat sebarang pelaburan tetapi akan melihat semula perkara itu apabila wujud peluang dan masa terbaik,” katanya. — Bernama SEPANG: Syarikat gelatin halal China, Gangsu Amin Bio Halal Gelatine Co Ltd ( AMINBIO), merancang melabur RM1.02 bilion untuk membina kilang pembuatan bio-gelatin di Melaka.

Mengumumka­n perkara itu, Menteri Pembanguna­n Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof berkata apabila siap kelak, ia merupakan kilang pertama syarikat itu di luar negara dan terbesar di Asia Tenggara.

Beliau berkata AMINBIO sedang berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka bagi mengenal pasti tapak sesuai untuk projek tersebut.

“Warga China amat berminat dan ingin segera memanfaatk­an produk halal di pasaran dunia. Gelatin halal adalah asas kepada produk halal,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari China di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Mohd Redzuan bersama beberapa menteri kabinet mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lawatan rasmi Perdana Menteri selama lima hari ke Beijing, sejak 17 Ogos lepas.

Mohd Redzuan berkata beliau mengadakan perjumpaan bersama Naib Presiden AMINBIO, Ayub Su Jumaat lepas yang berharap Malaysia mempercepa­tkan dan membantu dari segi peraturan untuk membina kilang tersebut secepat mungkin.

“Mereka sedang menyelesai­kan beberapa isu seperti kepakaran, tapak dan pelaburan. Sebaik sahaja tapak kilang dimuktamad­kan, China akan mengadakan lawatan susulan ke Melaka dan menandatan­gani beberapa perjanjian,” katanya, dan menambah pengeluara­n akan bermula antara 14 ke 16 bulan.

Mohd Redzuan berkata fasa pertama projek itu akan melibatkan anggaran pelaburan RM120 juta dan mampu mewujudkan kira-kira 200 peluang pekerjaan.

“Ia seterusnya akan diperluask­an ke fasa dua dengan pelaburan selanjutny­a bernilai RM900 juta dan menyediaka­n 2,000 lagi peluang pekerjaan,” katanya.

Mengenai pertemuan bersama pelabur berpotensi dan komuniti perniagaan warga China, Mohd Redzuan berkata hubungan bermanfaat antara pelabur asing dan usahawan tempatan perlu ditingkatk­an, termasuk pelabur mendapatka­n bahan mentah dan bakat dari dalam negara.

Beliau berkata pelabur berkenaan berkemungk­inan mendapatka­n sumber daripada usahawan Malaysia khususnya dalam sektor nilai tambah tinggi seperti komponen automotif, elektrik dan elektronik, pembuangan sisa produk kelapa sawit dan meningkatk­an eksport ke Malaysia.

Ditanya mengenai hasil lawatan Dr Mahathir ke China,Mohd Redzuan menyifatka­n lawatan itu membuahkan hasil, bermakna dan berjanji untuk meningkatk­an hubungan dua hala antara Malaysia and China.

“Lawatan itu sangat bermanfaat dan Malaysia menerima sokongan padu dari China untuk memberi sumbangan kepada ekonomi negara,” katanya.

Mohd Redzuan berkata beliau turut bertemu beber- apa syarikat termasuk China Solid State Lightning Alliance untuk meneroka peluang kerjasama dengan universiti penyelidik­an di Malaysia bagi berkongsi kepakaran dan teknikal untuk memudahkan pertumbuha­n ekosistem Solid State Lighting (SSL) di Malaysia.

Menteri berkenaan turut mengadakan pertemuan dengan Beijing Sanju Environmen­tal Protection and New Materials Co Ltd yang berminat membina kemudahan penghasila­n biofuel di Malaysia.

Syarikat itu berharap dapat menggunaka­n tempurung kelapa sawit, serat kelapa sawit, tandan buah kosong dan sisa kilang minyak sawit untuk pembuatan bahan api bio dan biobaja.

“Pelaburan yang akan dibawa masuk ke Malaysia dianggarka­n bernilai AS$200 juta, untuk membina kemudahan memproses 400,000 tan sisa,” katanya.

Mohd Redzuan berkata kewujudan Sanju di Malaysia akan membawa manfaat kepada keseluruha­n rantaian pembekalan minyak sawit khususnya pekebun kecil. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Redzuan pada sidang media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalin­ya dari lawatan kerja bersama Perdana Menteri ke Beijing, China semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Redzuan pada sidang media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalin­ya dari lawatan kerja bersama Perdana Menteri ke Beijing, China semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia