Utusan Borneo (Sarawak)

Kapasiti etilena dunia dijangka berkembang 7 MTPA tahun ke tahun

-

KUALA LUMPUR: Kapasiti etilena dunia dijangka berkembang tujuh juta tan setahun (mtpa), justeru memberikan tekanan terhadap ramalan margin, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Katanya, Petronas menjangka harganya akan susut daripada AS$ 550 ( AS$ 1= RM4.09) satu tan metrik tahun depan kepada kira- kira AS$ 350 satu tan metrik menjelang 2025.

“Untuk itu, industri ini secara agresif mengejar pertumbuha­n terutama dalam bahan kimia khusus bagi mendapat manfaat daripada penyebaran produk yang tinggi berbanding bahan kimia komoditi.

“Industri ini juga perlu bersedia terhadap kesan perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan,” katanya dalam ucapan pembukaan di Persidanga­n Industri Petrokimia Asia ke39 (APIC).

Bertemakan ‘Mewujudkan Nilai untuk Kerjasama’, lebih 400 peserta hadir pada persidanga­n dua hari itu yang bermula kelmarin.

Mengulas mengenai peluang dan cabaran untuk industri ini, Wan Zulkiflee berkata, pengembang­an petrokimia Amerika Syarikat yang disokong oleh syal dan projek petrokimia bersepadu dari India, China dan Timur Tengah akan mendorong bekalan olefin dan derivatif ke rantau ini.

“Di waktu kita menghadapi dinamik pasaran ini, kita juga mesti memerhatik­an persiapan industri ini untuk masa hadapan.

“Di sinilah persatuan seperti Persatuan Petrokimia Malaysia dan persatuan serantau lain memainkan peranan penting bagi memupuk semangat kerjasama serta mengusahak­an dialog strategik dalam cara yang dirancang dengan baik dan kos efektif,” tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, mengulangi komitmen kerajaan dalam memastikan negara ini kekal terbuka terhadap perdaganga­n antarabang­sa dan pelaburan.

“Kita ingin meletakkan Malaysia dalam kedudukan sebagai hab ASEAN untuk mengekspor­t barangan tambah nilai, antaranya yang berasaskan petrokimia atau sebaliknya ke China dan AS

“Kita akan berusaha untuk memastikan pengeluar kita dan pelabur dapat terus memanfaatk­an kadar pertumbuha­n yang tinggi di Asia, yang dipacu oleh proses perbandara­n yang pesat dan pertumbuha­n pendapatan,” kata Ong.

Beliau juga berkata bahawa, adalah mustahak kepada pemain industri dalam rantaian nilai bekerja bersama bagi mencari penyelesai­an yang inovatif, dengan fokus kepada mempelbaga­ikan pengeluara­n hiliran.

“Kita berharap untuk melihat lebih ramai pemain industri menghasilk­an produk yang inovatif, mengurangk­an penggunaan sekali bahan plastik dan meningkatk­an produk yang mempunyai jangka hayat lebih panjang,” tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Wan Zulkiflee menyampaik­an ucapannya mengenai ‘Mewujudkan Nilai untuk Kerjasama’ ketika persidanga­n Industri Petrokimia Asia (APIC) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Wan Zulkiflee menyampaik­an ucapannya mengenai ‘Mewujudkan Nilai untuk Kerjasama’ ketika persidanga­n Industri Petrokimia Asia (APIC) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia