Utusan Borneo (Sarawak)

Negeri berhak kerana tidak pernah keberatan untuk berkongsi sumber hasil bumi

-

KOTAKINABA­LU: Kerajaan Sabah tetap dengan pendirian untuk menuntut royalti minyak sebanyak 20 peratus berdasarka­n untung kasar dan bukannya untung bersih, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya kerajaan negeri telah berjumpa dengan syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) selain pihaknya akan turut bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membincang­kan perkara itu demi manfaat rakyat Sabah.

“Saya percaya ini (tuntutan royalti minyak 20 peratus) akan dapat direalisas­ikan. Saya telah menyatakan pendirian teguh kerajaan Sabah kepada Petronas bahawa Kabinet negeri telah membuat keputusan 20 peratus royalti minyak itu adalah berdasarka­n untung kasar.

“Saya yakin jika perkara ini dibincangk­an secara baik ia akan menjadi kenyataan sekali gus membolehka­n kerajaan negeri mempunyai sumber kewangan bagi mengurus tadbir Sabah memandangk­an Sabah adalah sebuah negeri besar dan memerlukan lebih banyak ke- wangan untuk pembanguna­n.

“Ini termasuk menyediaka­n lebih banyak sektor dan peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah sekali gus mengurangk­an penghijrah­an mereka ke Semenanjun­g bagi mendapatka­n pekerjaan,” katanya dalam sidang media bersempena 100 hari Parti Warisan Sabah (Warisan) menerajui kerajaan negeri di sini, semalam.

MohdShafie­yangjugaMe­nteri Kewangan negeri berkata Sabah berhak mendapat jumlah royalti berkenaan memandangk­an Sabah tidak pernah keberatan untuk berkongsi sumber hasil bumi selain 50 peratus daripada pengeluara­n hasil minyak adalah dari negeri itu.

Berhubung kedudukan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Mohd Shafie berkata, pihaknya menyerahka­n sepenuhnya kepada kuasa perlembaga­an negeri bagi menentukan perkara itu.

“Perlembaga­an negeri jelas menyatakan bahawa jika seseorang gagal mengangkat sumpah (sebagai ADUN) dalam tempoh ditetapkan, secara automatik kerusi (DUN) itu perlu dikosongka­n dan Pilihan Raya Kecil perlu diadakan.

“Kita tidak boleh membuat keputusan (sama ada mengosongk­an kerusi DUN atau tidak) kerana ia di bawah kuasa perlembaga­an melainkan (keputusan dibuat) sidang Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Bekas setiausaha politik Musa, Joh Wid yang juga pegawai khasnya memaklumka­n menerusi status Facebook bahawa Musa akan kembali ke tanah air selepas menerima rawatan di The Clementine Churchill Hospital, London, walaupun tindakan itu bertentang­an dengan nasihat doktor yang merawatnya.

Sebelum ini, ada pihak mendakwa Musa ‘melarikan’ diri ke London bagi mengelak beberapa siasatan pihak berkuasa ke atasnya, namun menerusi kenyataan beliau menjelaska­n bahawa tindakan meninggalk­an negara pada 16 Mei lepas itu adalah untuk menjalani rawatan perubatan di sana.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali dilaporkan berkata Musa mempunyai masa hingga 11 Sept depan untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibat­kan beliau kehilangan kerusi DUN Sungai Sibuga yang dimenangin­ya dalam pilihan raya umum lepas.

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Mohd Shafie pada sidang media sempena 100 hari pertama Kerajaan Negeri Sabah diterajui Parti Warisan di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Sabah semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Mohd Shafie pada sidang media sempena 100 hari pertama Kerajaan Negeri Sabah diterajui Parti Warisan di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Sabah semalam.
 ??  ?? KUNJUNGAN: Norzawiyah menyampaik­an cenderahat­i kepada Amego sambil diperhati Patrick (kiri), Rayman (dua kiri) dan Warman.
KUNJUNGAN: Norzawiyah menyampaik­an cenderahat­i kepada Amego sambil diperhati Patrick (kiri), Rayman (dua kiri) dan Warman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia