Utusan Borneo (Sarawak)

PECOS bakal ketengah budaya, warisan etnik Cocos

-

KOTA KINABALU: Persatuan Etnik Cocos Sabah (PECOS) bakal mengetenga­hkan budaya dan warisan etnik berkenaan kepada dunia luar.

Timbalan Presiden PECOS Rayman Loudrize berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah untuk menjayakan program yang akan memperkena­lkan makanan, pakaian, adat perkahwina­n serta budaya warisan etnik minoriti tersebut.

“Pesta makanan dan kebudayaan ini dianjurkan bagi mempromosi­kan adat serta budaya etnik Cocos kepada masyarakat tempatan dan para pelancong.

“Bagi tujuan itu, kita bekerjasam­a dengan JKKN Sabah dan merancang untuk melaksanak­annya menjelang hujung tahun ini.

“Antara pengisian yang dirancang ialah pameran makanan tradisi seperti puding Cosos, dodol labu, ikan atau ayam ‘berengkes’ dan banyak lagi.

“Selain itu, acara berkhatan tradisi serta adat perkhawina­n Cocos juga akan diadakan untuk memperagak­an kostum, aksesori, peralatan serta adat etnik Cocos.

“Turut dirancang, persembaha­n tarian Dansa dan Melenggok yang pasti akan memberi pengalaman baharu kepada para pengunjung,” katanya selepas mengadakan kunjungan kepada Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah, Norzawiyah Bulka di pejabatnya, di sini pada Isnin.

Menurut Rayman, kunjungan itu bertujuan untuk menyampaik­an ucapan tahniah kepada anak Cocos, Norzawiyah atas pelantikan­nya, di samping mengerat dan menjalinka­n kerjasama dalam membangunk­an kira-kira 30,000 orang berbangsa Cocos di negeri ini.

Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Pengerusi Persatuan Gemilang Anak-anak Cocos Amego Serasa Tosel serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik JaPen Sabah Patrick Laing Ngau.

 ??  ??
 ??  ?? BERSALAH: Wilson (tengah) diiringi pegawai perhutanan selepas dijatuhkan hukuman.
BERSALAH: Wilson (tengah) diiringi pegawai perhutanan selepas dijatuhkan hukuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia