Utusan Borneo (Sarawak)

Warga asing didenda RM100,000, penjara tiga tahun kerana memiliki hasil hutan tanpa kebenaran

-

KOTA KINABALU: Seorang warga asing dikenakan denda RM100,000 dan penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana memiliki hasil hutan tanpa kebenaran pada awal Ogos.

Hakim Ainul Shahrin Mohamed menjatuhka­n hukuman itu terhadap Wilson Ator, 27, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku bersalah untuk pertuduhan berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 30 (1)(g) Enakmen Hutan 1968 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 30 (2)(b) yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000, atau penjara tidak lebih lima tahun atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Dia didapati bersalah memiliki lima ikat dan beberapa keping kulit ‘tangar’ yang disyaki diambil tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang.

Kesalahan itu dilakukan pada 8 Ogos jam 7 pagi di Hutan Simpan Bakau Semenanjun­g Bengkoka, Sungai Kakarangan, Pitas.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara 12 bulan dan mahkamah turut mengarahka­n dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas tamat menjalani hukuman.

Semasa diberikan peluang merayu diringanka­n hukuman, Wilson memberitah­u mahkamah bahawa dirinya mempunyai tanggungan lapan orang adik-beradik selepas ibu bapanya sudah tiada.

Pegawai Pendakwa Mahali Yusin dari Jabatan Perhutanan bagaimanap­un, menegaskan bahawa hukuman berat harus dikenakan kerana tertuduh melakukan gangguan dan kerosakan habitat pokok, serta menceroboh hasil hutan negeri ini.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintah­kan kesemua barang rampasan hendaklah dilupuskan selepas tamat tempoh rayuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia