Utusan Borneo (Sarawak)

BRISK BERBAKTI DI RUMAH PANJANG ADONG NANANG

-

Sukarelawa­n Kolej Komuniti Wilayah Sarawak (BriSK) telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Rumah Panjang Adong Nanang, Sarikei pada 18 dan 19 Ogos lepas.

Program dua hari itu telah disertai 128 pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Wilayah Sarawak.

Antara lain penganjura­n program ialah untuk membantu masyarakat setempat secara sukarela bagi membaik pulih bahagian rumah panjang yang rosak, membina bim tangki air, mengatur semula wayar yang rosak, mengecat rumah dan banyak lagi.

Pada masa sama, peserta program akan mendapat pendedahan dalam mengaplika­sikan kemahiran selain menerapkan nilai-nilai murni dalam diri individu.

Melalui program sedemikian juga BriSK melihat betapa teguhnya kerjasama antara pelajar dari setiap kolej dan kebolehan mereka menggunaka­n kemahiran yang dipelajari dalam membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa sesuatu kaum.

Turut sama ialah Pengarah Kolej Komuniti Sarikei Rosilawati Mohd Rasol dan Pengarah Kolej Komuniti Tampin CR Ramlee Yahya merangkap Pengerusi BriSK Kebangsaan yang telah merasmikan program tersebut.

Menurut Ramlee, beliau berasa sangat bangga dengan kejayaan program tersebut terutama selepas melihat hasil kerja para pelajar yang turut dibantu oleh para kakitangan kolej.

“Saya melihat kesungguha­n dan komitmen yang diberikan oleh para pelajar serta kakitangan kolej dalam menyiapkan kerjakerja baik pulih dan pembinaan bim tangki air serta kerja-kerja sukarelawa­n yang lain.

“Malah, apa yang lebih mengagumka­n ialah kita mampu menyediaka­n dua tangki air bagi menampung keperluan penduduk Rumah Panjang Adong Nanang apabila berlakunya gangguan bekalan air.

“Komitmen seperti ini harus kita teruskan dan sematkan dalam jiwa agar kita mampu menjadi masyarakat yang prihatin,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut baru-baru ini.

Tambahnya lagi, rumah panjang itu yang didiami lebih 10 tahun hanya memiliki satu tangki air simpanan untuk dikongsika­n bersama 17 pintu apabila berlakunya gangguan bekalan air.

“Dengan adanya penambahan dua tangki air ini, dapatlah penduduk menggunaka­nnya sewaktu kecemasan apabila berlakunya gangguan bekalan air,” katanya lagi.

 ??  ??
 ??  ?? BIAR CANTIK: Aktiviti mengecat rumah turut mengisi Program Khidmat Masyarakat di Rumah Panjang Adong Nanang.
BIAR CANTIK: Aktiviti mengecat rumah turut mengisi Program Khidmat Masyarakat di Rumah Panjang Adong Nanang.
 ??  ?? KEMUDAHAN: Dua peserta program khidmat masyarakat memasang paip tangki air di Rumah Panjang Adong Nanang.
KEMUDAHAN: Dua peserta program khidmat masyarakat memasang paip tangki air di Rumah Panjang Adong Nanang.
 ??  ?? RASMI: Gimik perasmian Program Khidmat Masyarakat di Rumah Panjang Adong Nanang di Sarikei pada 19 Ogos lepas.
RASMI: Gimik perasmian Program Khidmat Masyarakat di Rumah Panjang Adong Nanang di Sarikei pada 19 Ogos lepas.
 ??  ?? JADI KENANGAN: Para peserta bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Panjang Adong Nanang di Sarikei.
JADI KENANGAN: Para peserta bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Panjang Adong Nanang di Sarikei.
 ??  ?? ELAK BENCANA: Peserta program khidmat masyarakat mengatur wayar di Rumah Panjang Adong Nanang.
ELAK BENCANA: Peserta program khidmat masyarakat mengatur wayar di Rumah Panjang Adong Nanang.
 ??  ?? GIGIH: Sebahagian daripada peserta khidmat masyarakat menggaul simen untuk membina bim tangki.
GIGIH: Sebahagian daripada peserta khidmat masyarakat menggaul simen untuk membina bim tangki.
 ??  ?? WARNA CERIA: Peserta Program Khidmat Masyarakat di Rumah Panjang Adong Nanang melukis mural.
WARNA CERIA: Peserta Program Khidmat Masyarakat di Rumah Panjang Adong Nanang melukis mural.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia