Utusan Borneo (Sarawak)

KESERONOKA­N MANDI BERTUKAR TRAGEDI

-

KUCHING: Keseronoka­n sekumpulan remaja yang meluangkan masa sempena cuti sekolah dengan mandi sungai berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia akibat lemas di sebatang sungai di Kampung Landeh, di sini kelmarin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.36 petang dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n sertamerta dengan turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bomba serta penduduk kampung, di mana keadaan cuaca ketika itu adalah hujan.

“Difahamkan mangsa yang berusia 13 tahun dikenali sebagai John Allfeus Kassim berjaya ditemui terperangk­ap di lubuk sungai tersebut yang kedalamann­ya dianggarka­n empat meter sekitar jam 6.55 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Hasil pemeriksaa­n anggota paramedik di lokasi kejadian mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Kem Penrissen Batu 8 itu sebelum kejadian bersama rakan-rakannya mandi di sungai berkenaan.

“Beberapa saksi di lokasi kejadian kemudian mendengar rakan-rakannya menjerit meminta pertolonga­n sebelum mereka mendapatka­n bantuan pihak bomba,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

 ??  ?? LEMAS:Mayat mangsa dibawa ke tebing sungai tersebut sebaik sahaja berjaya ditemui anggota penyelamat.
LEMAS:Mayat mangsa dibawa ke tebing sungai tersebut sebaik sahaja berjaya ditemui anggota penyelamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia