Utusan Borneo (Sarawak)

Amir Masdi lancar single ‘PUAS’

- HIBURAN

BEKAS juara Akademi Fantasia (AF) 2016, Amir Syazwan Masdi atau lebih dikenali sebagai Amir Masdi baru-baru ini telah melancarka­n single baharu berjudul ‘Puas’ di Red Box, The Gardens Mid Valley.

Single terbitan Nova Music (M) Sdn. Bhd ini merupakan karya ciptaan penuh Ayden Ali bersama Ikhwan Fatanna yang menceritak­an kisah patah hati sepasang kekasih.

‘Puas’ turut mendapat sentuhan muzik gubahan komposer terkenal Omar K yang juga bertindak sebagai penerbit rakaman.

Single yang berkonsepk­an balada pop ini merupakan single ketiga Amir selepas ‘Pemilik Cinta’ (2016) dan ‘Waktu’ (2017).

Single ‘Puas’ kini boleh didengari di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Joox, Apple Music, iTunes, Deezer dan juga KKBox.

Video muzik rasmi ‘Puas’ juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos. PENYANYI Amerika Nick Jonas pada Sabtu lepas mengumumka­n bintang India Priyanka Chopra akan menjadi Puan Jonas (‘Mrs Jonas’) selepas pasangan itu melaksanak­an satu upacara tradisiona­l di Mumbai, tempat asal panggung Bollywood.

Jonas, 25, memuat naik sebuah gambar bersama Chopra dalam Instagram, dengan kapsyen: “Bakal Puan Jonas. Hatiku. Kekasihku.”

Chopra, 36, memaparkan gambar sama dalam laman Instagramn­ya, dengan menulis: “Diambil … dengan sepenuh hati dan jiwaku.”

Dalam gambar itu, Chopra memakai cincin berlian yang dilaporkan telah dibeli oleh Jonas selepas dia menutup sebuah kedai Tiffany di New York pada bulan lepas.

Chopra, yang memenangi pertanding­an ratu cantik Miss World pada 2000, merupakan salah seorang bintang paling dikenali di Bollywood dan seorang daripada beberapa bintang Bollywood yang telah mencapai kejayaan di dunia barat.

Dia berlakon dalam siri aksi terbitan ABC ‘Quantico’ dan sudah mengeluark­an lagu bersama artis-artis yang menduduki tempat teratas dalam carta Amerika Syarikat termasuk Pitbull dan The Chainsmoke­rs.

Jonas pertama kali menemui kejayaan ketika remaja sebagai penyanyi utama kumpulan The Jonas Brothers bersama dua adik beradiknya.

Adik beradik itu berasal daripada sebuah keluarga Kristian yang amat taat dan mempamerka­n imej yang sihat, termasuk memakai cincin kesucian untuk menggalakk­an hubungan suci.

Sejak beberapa tahun lalu, Jonas membentuk diri semula dengan imej muzik yang lebih matang dan resah, selain beralih kepada bidang lakonan.

Dia pernah dikaitkan secara romantik dengan beberapa selebriti termasuk Miley Cyrus dan Selena Gomez.

Dalam gambar yang dikongsika­n dalam media sosial Sabtu lepas, Chopra dan Jonas kelihatan melaksanak­an satu upacara sembahyang dengan memakai pakaian tradisiona­l India.

Sementara Chopra memilih pakaian kuning yang panjang, Jonas pula memakai kurta-pajama putih. Ibu bapa Jonas juga memakai pakaian India.

Khabar angin bahawa pasangan itu sudah bertunang mula berkisar pada bulan lepas apabila majalah People melaporkan Jonas telah melamar Chopra selepas bercinta selama dua bulan.

Pasangan itu belum lagi mengumumka­n tarikh perkahwina­n. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia