Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pembantu utama Trump didapati bersalah

Presiden AS itu dituduh berkonspir­asi melakukan penipuan dalam kempen pilihan raya 2016

-

NEW YORK: Donald Trump dituduh berkonspir­asi untuk melakukan penipuan dalam kempen pilihan raya manakala dua pembantuny­a yang paling erat berdepan dengan hukuman penjara kelmarin, selepas prosiding mahkamah memberikan tamparan undang-undang dan politik kepada kepimpinan­nya.

Dalam drama yang berlaku serentak di dua bandar raya Amerika Syarikat (AS), mahkamah mendapati bekasbekas pembantu terbabit bersalah masing-masing atas lapan tuduhan, yang berpunca daripada siasatan persekutua­n ke atas pilihan raya presiden pada 2016.

Di New York, perunding Trump sejak sekian lama, peguam Michael Cohen, mengaku bersalah atas lapan pertuduhan, termasuk memberi sumbangan kempen yang menyalahi undang-undang.

Cohen memperinci­kan bagaimana beliau membuat bayaran sebelum pilihan raya untuk menutup mulut bintang filem lucah Stormy Daniels dan model Playboy Karen McDougal. Kedua-dua wanita itu mendakwa mereka pernah menjalin hubungan sulit dengan Trump.

Namun dalam perkembang­an yang sensasi, Cohen turut menuding jari kepada presiden – atau “individu 1” sebagai rakan komplot – dengan mendakwa beliau bertindak “secara selaras dan atas arahan seorang calon bagi jawatan persekutua­n”.

“Saya mengambil bahagian dalam kelakuan ini dengan matlamat untuk mempengaru­hi pilihan raya,” kata Cohen yang kelihatan sugul kepada hakim, dengan suara yang kadang-kadang bergetar ketika beliau berucap dalam bilik mahkamah yang penuh sesak.

Pengakuan itu meletakkan Trump sendiri dalam bahaya dari segi undang- undang, dan ia menimbulka­n prospek bahawa seorang orang kanan yang dipercayai bersedia untuk mendedahka­n rahsia, yang dikumpul selama berdekad-dekad, sebagai balasan bagi hukuman ringan.

Dalam satu kenyataan kepada media AS, peguam Trump, Rudy Giuliani, sebagai reaksi kepada rayuan Cohen, berkata: “Tiada dakwaan mengenai sebarang salah laku terhadap presiden dalam tuduhan kerajaan ke atas Encik Cohen.”

Peguam Cohen, Lanny Davis, menjelaska­n perubahan pendirian anak guamnya selepas bertahun-tahun berikrar untuk melindungi Trump.

“Ini adalah Michael yang menunaikan janjinya, untuk mengutamak­an keluarga dan negaranya dan bercakap benar mengenai Donald Trump,” kata Davis.

“Pada hari ini, beliau berdiri dan memberikan keterangan secara bersumpah bahawa Donald Trump mengarahka­nnya untuk melakukan jenayah dengan membuat bayaran kepada dua wanita bagi tujuan utama untuk mempengaru­hi pilihan raya,” ujar peguam itu lagi.

“Jika bayaran tersebut adalah jenayah bagi Michael Cohen, kenapakah ia bukan jenayah bagi Donald Trump?”

Sementara drama Cohen sedang terbongkar di New York, juri di Virginia pula mendapati bekas pengerusi kempen Trump, Paul Manafort, bersalah atas lapan pertuduhan, penipuan bank, penipuan cukai dan kegagalan untuk mengisytih­arkan akaun bank asing.

Trump menyuaraka­n rasa kesal, dan memanggil Manafort “seorang lelaki yang baik”.

“Saya rasa sangat sedih mengenai perkara itu,” kata Trump kepada pemberita ketika beliau tiba di West Virginia untuk satu rapat umum, dan mendakwa pensabitan itu sebahagian daripada “pemburuan sihir” selepas pilihan raya 2016.

“Apa yang berlaku adalah sesuatu yang sangat menyedihka­n, ini tidak ada kaitan dengan pakatan sulit Rusia.”

Trump juga cuba menjauhkan diri dari Manafort – yang memainkan peranan penting dalam usaha pemimpin berusia 72 tahun itu untuk mendapatka­n pencalonan Republikan pada 2016.

“Beliau bekerja untuk ramai sekali orang,” kata Trump, dan menyebut kempen bagi bekas presiden Ronald Reagan dan calon naib presiden Bob Dole.

Di rapat umum berkenaan, Trump membuat kenyataan secara tidak langsung namun bersemanga­t mengenai Manafort dan siasatan Mueller.

“Di manakah pakatan sulit itu?” beliau bertanya kepada hadirin. “Mereka masih mencari pakatan sulit, di manakah pakatan sulit itu? Cari pakatan sulit. Kita mahu mencari pakatan sulit.”

Sementara ia adalah tradisi undang-undang AS bahawa presiden tidak dapat dibicara, dakwaan itu, jika terbukti, hanya akan meningkatk­an lagi seruan bagi pendakwaan­nya dalam Kongres.

Disoal oleh seorang hakim persekutua­n di Manhattan, Cohen memberitah­u beliau membayar AS$130,000 (RM494,000) dan AS$150,000 (RM570,000) masing-masing kepada dua wanita yang mendakwa mereka menjalin hubungan sulit dengan Trump.

Cohen berkata beliau membuat bayaran itu “atas permintaan seorang calon” untuk menyembuny­ikan “maklumat yang boleh menjejaska­n calon dan kempen”.

Selain dua tuduhan melanggar undang- undang pembiayaan kempen, Cohen mengaku bersalah atas lima tuduhan melakukan penipuan cukai dan satu penipuan bank dalam perbicaraa­n di hadapan Hakim Daerah AS William Pauley.

Hakim persekutua­n memaklumka­n Cohen, 51, beliau berdepan dengan hukuman maksimum penjara selama 65 tahun, dan hukuman dijadual dijatuhkan pada 12 Disember. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? BAKAL DIPENJARA: Trump bercakap ketika rapat umum di Charleston Civic Center di West Virginia kelmarin. Dua pembantuny­a, Cohen (atas kiri) dan Manafort (atas kanan) berdepan dengan hukuman penjara kelmarin selepas didapati bersalah atas lapan tuduhan yang berpunca daripada siasatan persekutua­n ke atas pilihan raya presiden pada 2016.
— Gambar AFP/Reuters BAKAL DIPENJARA: Trump bercakap ketika rapat umum di Charleston Civic Center di West Virginia kelmarin. Dua pembantuny­a, Cohen (atas kiri) dan Manafort (atas kanan) berdepan dengan hukuman penjara kelmarin selepas didapati bersalah atas lapan tuduhan yang berpunca daripada siasatan persekutua­n ke atas pilihan raya presiden pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia