Utusan Borneo (Sarawak)

SIDF satukan penggiat seni

Perkongsia­n membantu menyatukan semua penggiat seni seluruh dunia di satu pentas

- TEMPATAN

Oleh itu, menerusi SIDF ini saya percaya kita dapat merapatkan hubungan antara negara sekali gus membawa keamanan dan keharmonia­n kepada dunia. Datuk Tiong Thai King ADUN Dudong

SIBU: Festival Tarian Antarabang­sa Sibu (SIDF) telah menjadi pentas kepada penari dari seluruh dunia untuk berkongsi kekayaan budaya masingmasi­ng.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King berkata, perkongsia­n itu telah membantu menyatukan semua penggiat seni dari seluruh dunia di atas satu pentas.

“Oleh itu, menerusi SIDF ini saya percaya kita dapat merapatkan hubungan antara negara sekali gus membawa keamanan dan keharmonia­n kepada dunia,” ujarnya.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) itu berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan SIDF di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelan- congan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Pengarah Eksekutif SIDF Wong Siew Siong dan Pengarah SIDF Chen Ing Kuan.

Menurut Tiong, tarian juga dapat memupuk warisan budaya dan tradisi apabila tarian tersebut diwariskan dari satu generasi ke generasi lain.

“Apabila tarian diturunkan dari satu generasi kepada generasi lain, cerita membabitka­n sesebuah kumpulan etnik itu dapat dipelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

SIDF menurut Tiong, juga selari dengan usaha Kerajaan Sarawak mempromosi­kan budaya pelbagai kaum di negeri ini ke peringkat antarabang­sa.

Oleh itu beliau berharap SIDF dapat memelihara warisan budaya Sarawak, selain menjadi satu produk pelanconga­n untuk Sarawak dan Sibu.

SIDF yang memasuki edisi ketujuh bermula dari 21 hingga 25 Ogos ini, dengan disertai lebih 200 peserta daripada 15 negara.

Antara negara itu ialah Indonesia, Ethiopia, China, Filipina, Sri Lanka, Jepun, India, Taiwan, Thailand, Mexico, Korea Selatan, Brazil dan Amerika Syarikat.

SIDF dianjurkan Hornland Dance Theatre sejak 2012 dan disokong MPS.

 ??  ??
 ??  ?? BERMULA: Chen (dua kiri) bersama Wong (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tiong selepas merasmikan SIDF 2018 sambil diperhatik­an Hii (tiga kiri) serta yang lain.
BERMULA: Chen (dua kiri) bersama Wong (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tiong selepas merasmikan SIDF 2018 sambil diperhatik­an Hii (tiga kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia