Utusan Borneo (Sarawak)

Pensyarah berdepan hukuman gantung sampai mati

Jika sabit kesalahan mengedar, salah guna dadah susulan penemuan 2.24g ganja bersamanya

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Hukuman gantung sampai mati menanti seorang pensyarah jika disabitkan kesalahan mengedar serta menyalahgu­nakan dadah susulan penemuan dadah jenis ganja seberat kira-kira 2.24 gram dalam satu operasi pada Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif berkata, lelaki berusia 36 tahun itu terdahulun­ya ditahan selepas dilihat membawa bungkusan mencurigak­an keluar dari kaunter Pos Laju di Jalan Song di sini, sekitar jam 5.45 petang.

Menurutnya, hasil siasatan awal terhadap suspek yang berasal dari Jalan Laruh terbabit membawa kepada penemuan kesemua dadah tersebut yang dianggarka­n bernilai RM22,300.

“Pemeriksaa­n terhadap suspek tidak menemui apa- apa kesalahan sehingga dia sendiri menyerahka­n dua ketulan mampat dedaun kering yang disyaki dadah jenis ganja semasa pemeriksaa­n dilakukan ke atas kereta yang dinaikinya.

“Sementara itu, pemeriksaa­n bungkusan Pos Laju yang dibawa suspek juga didapati mengandung­i dedaun kering disyaki ganja,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Selain itu, suspek yang kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk siasatan lanjut turut mengaku menyembuny­ikan dadah tersebut di satu lokasi di institusi pengajian tinggi (IPT) tempat dia bekerja.

“Dengan dipandu arahnya, pasukan serbuan telah memeriksa siling di atas tandas perempuan dan menemui satu kotak yang di dalamnya mengandung­i dedaun kering disyaki ganja.

“Turut dijumpai ialah satu beg juga mengandung­i dua ketulan mampat dedaun kering bersama alat penimbang elektronik, plastik serta pisau pemotong,” kata Sahar.

Beliau selain itu turut berkata, suspek yang positif dadah itu disyaki terlibat aktiviti penyalahgu­naan dadah sejak 2010.

“Soal siasat terhadap suspek juga mendapati dia dipercayai mula mengedar dadah sejak pertengaha­n tahun ini,” jelasnya.

Bagaimanap­un beliau memberitah­u, siasatan lanjut berhubung kes masih giat dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 serta Seksyen 6 dan 15 ( 1)( a) ADB 1952.

“Semakan rekod kesalahan lampau juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod (jenayah) dan dia kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 28 Ogos ini untuk membantu siasatan,” kata Sahar.

Pemeriksaa­n terhadap suspek tidak menemui apa-apa kesalahan sehingga dia sendiri menyerahka­n dua ketulan mampat dedaun kering yang disyaki dadah jenis ganja semasa pemeriksaa­n dilakukan ke atas kereta yang dinaikinya. Superinten­den Sahar Abdul Latif Ketua JSJN Sarawak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia