Utusan Borneo (Sarawak)

Sekeluarga terselamat daripada kebakaran ranapkan rumah mereka

-

KUCHING: Tersedar kepulan asap dari bahagian dapur berjaya menyelamat­kan sebuah keluarga yang kemudian terus berlari keluar sebelum api marak sekelip mata memusnahka­n rumah mereka di Kampung No.5 Jalan Datuk Ajibah Abol di sini, semalam.

Menurut seorang daripada ahli keluarga terbabit Saodah Asma,54, asap tersebut disedari seorang daripada anaknya yang kemudian mengarahka­n mereka semua keluar dari dalam rumah.

“Ketika itu saya sedang menonton televisyen apabila anak saya menjerit menyuruh kami menyelamat­kan diri dan tanpa berfikir panjang saya terus membawa anak-anak keluar dari dalam rumah.

“Mujurlah kami semua berjaya keluar dari dalam rumah kerana kira-kira lima minit kemudian api sudah marak dan rumah kami musnah dijilat api,” katanya yang turut memberitah­u, ketika itu dia bersama empat anak dan dua cucu.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 2 petang semalam itu, turut mendapat perhatian Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang turut meluangkan mangsa melawat tempat kejadian.

“Kami akan memberi bantuan kecemasan seperti makanan dan pakaian sementara menunggu bantuan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas berjumpa dengan kesemua ahli keluarga malang terbabit.

Sementara Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Patrick Mawong berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 2.05 petang.

“Rumah didiami sebuah keluarga seramai sembilan orang terdiri daripada enam perempuan dan tiga lelaki telah terbakar sepenuhnya dan bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut sepenuhnya pada jam 2.44 petang.

“Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan operasi ditamatkan pada jam 4.34 petang,” katanya.

Beberapa anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, Batu Lintang dan petra Jaya hadir di lokasi kejadian.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

 ??  ?? RANAP: Rumah tersebut musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut.
RANAP: Rumah tersebut musnah sepenuhnya dalam kejadian tersebut.
 ??  ?? TAKLIMAT: Seorang pegawai bomba memberi penerangan kepada Abang Johari yang turut melawat lokasi kejadian semalam.
TAKLIMAT: Seorang pegawai bomba memberi penerangan kepada Abang Johari yang turut melawat lokasi kejadian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia