Utusan Borneo (Sarawak)

Pantau pergaulan, tingkah laku anak bagi elak terjebak penyalahgu­naan dadah

-

KUCHING: Ibu bapa diingatkan agar sentiasa memantau pergaulan serta tingkah laku anak-anak bagi mengelak mereka terjebak dalam masalah sosial terutama penyalahgu­naan dadah.

Pengerusi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Muda Hashim Tengah Mohamad Akram Karim berkata ibu bapa mahupun penjaga mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan dan aktiviti anak di luar rumah.

“Menjadi tanggungja­wab kita sebagai ibu bapa mengetahui aktiviti anak kita di luar rumah supaya mereka tidak terjebak dengan kegiatan tidak sihat lebih-lebih lagi penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Belia Antidadah anjuran Pemuda PBB Kampung Muda Hashim Tengah baru-baru ini.

Tambahnya, sikap tidak endah masyarakat setempat kepada persekitar­an sekeliling menyebabka­n masalah berkaitan dadah dalam kalangan belia sukar dibendung.

“Komuniti setempat, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu berganding bahu membantera­s gejala ini.

“Selain itu, penguatkua­saan undangunda­ng tanpa budi bicara dan tegas terhadap mereka terlibat juga perlu,” katanya.

Seramai 40 peserta terdiri daripada murid sekolah rendah di kawasan Satok antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, SK Rakyat, SK Combine dan SK Green Road.

Pada majlis itu, beberapa siri ceramah disampaika­n Dr Amalia Madihie daripada Universiti Malaysia Sarawak dan Sharifah Azimah.

“Tujuan utama program ini ialah memberi kesedaran tentang bahaya dadah kepada semua lapisan masyarakat khasnya belia,” katanya.

Pada program itu, khidmat saringan kesihatan turut diberikan kepada penduduk setempat oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia