Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita disyaki curi telur diarah reman dua hari

-

MIRI: Seorang wanita yang ditangkap kerana disyaki mencuri 20 papan telur ayam dan 23 papan telur masin diperintah­kan Mahkamah Majistret semalam supaya direman dua hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Muhd Kamel Sulaiman dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Kamel memberitah­u, sekitar jam 4.30 pagi semalam, seorang peniaga wanita warga emas telah membuat laporan polis berhubung kecurian lebih 40 papan telur miliknya.

Dalam aduannya, pengadu, 65, dari Pujut 2 di sini mendakwa sekitar jam 2.30 pagi semalam (22 Ogos), ketika berada di rumah, dia menerima panggilan telefon daripada seorang rakannya yang juga peniaga di Tamu Muhibbah.

Rakan terbabit mendakwa ternampak anak lelaki pengadu membuka kenderaan milik pengadu yang ditinggalk­an di Tamu Muhibbah lalu memunggah barangan jualan yang disimpan dalam kenderaan itu ke sebuah kenderaan lain.

Apabila pengadu sampai di tempat kejadian, dia ternampak anaknya bersama seorang wanita di dalam sebuah kenderaan lain.

Sebaik menyedari kehadiran pengadu, anak pengadu terus melarikan diri dan pengadu dapati 20 papan telur ayam dan 23 papan telur masin miliknya telah dipunggah ke dalam kenderaan tersebut dipercayai untuk dijual.

Pengadu kemudian bertindak menahan wanita terbabit dan seterusnya membuat laporan polis.

Dalam permohonan lanjutnya Kamel memberitah­u, reman empat hari mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 52 tahun dari Taman Boulevard di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan saksi dan suspek, justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman dua hari dan tempoh reman ke atas suspek akan tamat pada 24 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia