Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Raya Aidiladha di Kuching diraikan secara sederhana

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sambutan Hari Raya Aidiladha semalam, diraikan secara sederhana dengan lebih 5,000 umat Islam di bandar raya ini menunaikan solat sunat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Cuaca cerah membolehka­n mereka berkumpul di masjid berkenaan seawal jam 7.30 pagi bagi menyambut Hari Raya Aidiladha 1439 Hijrah.

Turut hadir menunaikan solat sunat itu ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang tiba sekitar jam 7.50 pagi.

Ketibaan Abang Johari yang mengenakan persalinan lengkap baju Melayu berwarna biru muda disambut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

Hadir sama, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang serta beberapa tetamu kenamaan lain.

Solat sunat tersebut diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sarawak Mustapha Kamal Ahmad Fauzi yang kemudian membaca khutbah khas Aidiladha.

Selesai menunaikan solat, Abang Johari meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan beliau.

Hari Raya Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan antara perayaan terbesar dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TAKBIR: Warga kota bertakbir raya selepas menunaikan solat sunat Aidiladha.
TAKBIR: Warga kota bertakbir raya selepas menunaikan solat sunat Aidiladha.
 ??  ?? SELESAI: Abang Johari berangkat pulang selepas menunaikan solat sunat Aidiladha diiringi Karim, Asfia, Idris dan Misnu di Masjid Jamek Negeri Sarawak, semalam.
SELESAI: Abang Johari berangkat pulang selepas menunaikan solat sunat Aidiladha diiringi Karim, Asfia, Idris dan Misnu di Masjid Jamek Negeri Sarawak, semalam.
 ??  ?? KETIBAAN: Abang Johari diiringi Misnu sebaik tiba di Masjid Jamek Negeri Sarawak, semalam.
KETIBAAN: Abang Johari diiringi Misnu sebaik tiba di Masjid Jamek Negeri Sarawak, semalam.
 ??  ?? IBADAH: Umat Islam hadir solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak semalam.
IBADAH: Umat Islam hadir solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak semalam.
 ??  ?? MESRA: Abang Johari bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak, semalam.
MESRA: Abang Johari bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Negeri Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia