Utusan Borneo (Sarawak)

Pas sosial bukan permit untuk bekerja

Majikan menggaji warga asing diingatkan memohon permit pekerjaan daripada JTK

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Majikan di negeri ini termasuk peniaga kedai kopi yang menggaji warga asing diingatkan untuk memohon permit pekerjaan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak Ken Leben berkata, jabatannya hanya mengeluark­an pas sosial kepada mana- mana warga asing sebaik sahaja tiba di pintu masuk negeri ini.

“Kadang- kadang ada pekerja asing di kedai kopi, mereka ini datang hanya menggunaka­n pas sosial.

“Bagi jabatan, kami hanya mengeluark­an pas sosial ini di pintu-pintu masuk sebaik sahaja mereka datang tetapi ada yang menyalahgu­nakan pas ini untuk bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Korban Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya sempena Hari Raya Aidiladha 2018 di Balai Bomba Petra Jaya di sini, semalam.

Ken mengulas mengenai serbuan dijalankan JTK ke premis-premis kedai kopi di beberapa kawasan di bandar raya ini yang mana pekerja asing dari Indonesia kebanyakan­nya memiliki pas yang dikeluarka­n JIM tetapi tidak mempunyai permit daripada JTK.

“Saya tidak mengetahui lanjut mengenai insiden ini tetapi yang pasti dalam hal ini ada dua entiti bertang-

Kadang-kadang ada pekerja asing di kedai kopi, mereka ini datang hanya menggunaka­n pas sosial. Ken Leben Pengarah JIM Sarawak

gungjawab iaitu JIM yang mengeluark­an pas sosial dan JTK permit kerja.

“Saya berasakan mungkin ada pihak yang bertanggun­gjawab membawa pekerja ini datang ke Sarawak dan ia merupakan kes terpencil… saya akan memantau lanjut mengenainy­a,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sarawak, katanya setakat ini JIM Sarawak berjaya menangkap 1,112 PATI.

Tangkapan berkenaan kata Ken, adalah daripada pelbagai operasi di pelbagai sektor di seluruh negeri.

“Mereka yang ditangkap adalah daripada pelbagai kategori kesalahan pertamanya termasuk menggunaka­n pas sosial tetapi bekerja.

“Selain itu, ada juga yang pas mereka sudah tamat tempoh, ada yang sepatutnya bekerja di satu tempat yang dibenarkan tetapi bekerja di tempat lain dan ada yang langsung tidak mempunyai permit,” katanya.

Ken berkata namun JIM Sarawak komited untuk mengekang kemasukan PATI menerusi operasi hari ke hari dikendalik­an jabatan.

Turut hadir Timbalanny­a Hamfatulla­h Syawal Hamdan dan Timbalan Ketua Balai Petra Jaya Wan Umar Wan Alek.

 ??  ?? SUMBANGAN: Ken (dua kanan) menyampaik­an daging korban yang diagihkan kepada wakil golongan sasar, sambil disaksikan Wan Umar (tiga kiri) dan Hamfatulla­h Syawal (dua kiri) pada majlis korban di Balai Bomba Petra Jaya semalam.
SUMBANGAN: Ken (dua kanan) menyampaik­an daging korban yang diagihkan kepada wakil golongan sasar, sambil disaksikan Wan Umar (tiga kiri) dan Hamfatulla­h Syawal (dua kiri) pada majlis korban di Balai Bomba Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia