Utusan Borneo (Sarawak)

Aidiladha adalah peringatan tentang kisah pengorbana­n Nabi Ibrahim demi cintanya kepada Allah SWT

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Pengertian korban dalam meraikan Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas, bukan hanya tentang mengorbank­an haiwan.

Pengerusi Masjid Darul Istiqamah Kampung Luak Shaikh Naeemuddin Shaikh Aminullah berkata, Aidiladha adalah peringatan tentang kisah pengorbana­n Nabi Ibrahim demi cintanya kepada Allah SWT.

“Ini tidak mungkin berlaku sekarang, akan tetapi ia boleh diterjemah­kan ke dalam konsep pengorbana­n di antara rakyat dan kerajaan.

“Sudah tentu ramai yang mampu mengorbank­an haiwan namun mereka perlu tahu pengertian sebenar pengorbana­n dalam erti kata yang sebenar dan perspektif yang lebih luas.

“Bagi saya, korban bukan hanya tentang penyembeli­han haiwan tetapi kita perlu faham bahawa ia juga adalah pengorbana­n kepada keluarga, masyarakat dan perkara lainlain yang tidak menguntung­kan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Dalam pada itu menurut beliau, pihak masjid juga akan mengadakan aktiviti korban dengan menyembeli­h enam ekor lembu pada Sabtu ini sebelum daging korban diagihkan kepada keluarga di Kampung Luak dan Lusut di sini.

Sementara itu bagi suri rumah Suryanti Samion, pengorbana­n mengajar seseorang untuk tidak mementingk­an diri sendiri dan membuat keputusan yang akan memberi manfaat kepada semua.

“Kita perlu berkorban

Sudah tentu ramai yang mampu mengorbank­an haiwan namun mereka perlu tahu pengertian sebenar pengorbana­n dalam erti kata yang sebenar dan perspektif yang lebih luas. Shaikh Naeemuddin Shaikh Aminullah Pengerusi Masjid Darul Istiqamah Kampung Luak

untuk menerima sebarang keputusan jika ia adalah yang terbaik untuk semua, walaupun kita tidak suka dan bagi saya, makna pengorbana­n dalam konteks keluarga adalah luas.

“Sebagai contoh ketika anak saya melanjutka­n pelajarann­ya di Universiti Tun Hus- sein Onn Malaysia (UTHM) di Johor, ia merupakan salah satu pengorbana­n yang harus dilakukan seorang ibu dan seorang anak untuk masa depan yang lebih cerah,” jelasnya.

“Perkara sama juga pernah saya lalui ketika menetap di Semenanjun­g Malaysia dan terpaksa berjauhan dengan keluarga sebelum kembali ke Miri 10 tahun yang lalu,” katanya yang berkahwin dengan penduduk Johor.

Dalam pada itu, Suryanti yang juga ahli jawatankua­sa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Agama Rakyat Miri berkata, sempena sambutan Aidiladha tahun ini, sekolah berkenaan turut mengadakan majlis korban semalam dan daging lembu yang disembelih telah diagihkan kepada keluarga pelajar serta penduduk setempat di kawasan sekitar.

Manakala bagi pesara kerajaan Said Mohidin, 75, Aidiladha adalah hari untuk refleksi diri.

“Kita perlu menilai diri kita sendiri, sebagai seorang yang beragama Islam khususnya dan warganegar­a Malaysia amnya, adakah pergorbana­n kita selama ini memadai untuk menegakkan agama dan kedaulatan negara.

“Ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka tentang pengertian sebenar korban kerana hari ini masyarakat Islam sedang mengalami transforma­si dunia yang mencabar dan ia telah mencapai tahap di mana umat Islam tidak semestinya membaca sejarah dan kisah Nabi Ibrahim sahaja, sebaliknya melihat makna pengorbana­n dalam konteks yang lebih luas,” tegasnya.

 ??  ?? ALBUM: Naeemuddin (tiga kanan) bersama (dari kiri) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting, bekas Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang dan ADUN Bekenu Rosey Yunus serta Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni (dua kanan) semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di masjid berkenaan sebelum ini.
ALBUM: Naeemuddin (tiga kanan) bersama (dari kiri) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting, bekas Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang dan ADUN Bekenu Rosey Yunus serta Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni (dua kanan) semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di masjid berkenaan sebelum ini.
 ??  ?? IBADAH KORBAN: Dayang Maimunah (dua kiri), Dr Abdul Rahman, Mahmud dan yang lainnya menyaksika­n kerja melapah daging kerbau semalam.
IBADAH KORBAN: Dayang Maimunah (dua kiri), Dr Abdul Rahman, Mahmud dan yang lainnya menyaksika­n kerja melapah daging kerbau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia