Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak program belia dirancang di Sarawak Program dianjurkan dengan kerjasama agensi kerajaan dan NGO

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan (KPKKBS) merancang menganjurk­an lebih banyak program melibatkan belia di seluruh Sarawak.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata program berkenaan akan dianjur dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia katanya, bagi membolehka­n penyertaan lebih ramai belia terutama di kawasan luar bandar Sarawak.

Beliau menambah, program- program seumpama itu yang dianjurkan sebelum ini mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada belia disasarkan dan rata-rata aktiviti yang diadakan juga mendapat respons baik.

“Adalah amat menggembir­akan apabila melihat belia memberi sokongan padu kepada program- program seperti ini yang bertujuan agar mereka terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti sesi perkongsia­n, ceramah motivasi, pembinaan pasukan malah dalam sukan dan permainan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penganjura­n Program Kepimpinan dan Pemerkasaa­n Belia dan Bengkel Kepimpinan dan Kema- hiran Komunikasi Belia yang diadakan di dua lokasi berbeza di sini baru-baru ini.

Menurut l Karim, KPKKBS menerusi Bahagian Belia telah menganjurk­an beberapa program menyasarka­n beliau di seluruh Sarawak dengan tujuan meningkatk­an pembanguna­n sumber manusia dalam kalangan generasi muda termasuk mereka yang berada di pinggir bandar dan luar bandar.

Tambahnya, maklum balas memberangs­angkan daripada beliau dengan lebih 100 peserta mengambil bahagian dalam dua program berkenaan merupakan sebahagian daripada program disenaraik­an dalam kalendar aktiviti tahunan menyasarka­n belia.

Sebelum ini beliau bersama Setiausaha Tetap KPKKBS Hii Chang Kee menghadiri sesi ‘ Dewan Perbandara­n Belia’ yang diadakan di Serian Julai lalu dan maklum balas daripada belia juga tidak kurang hebatnya dengan lebih 100 peserta dari seluruh bahagian terlibat dalam program sehari itu.

“Kementeria­n akan menganjurk­an program sama di Bintulu, Miri, Mukah, Sarikei, Limbang, Kapit dan Sibu di mana tahun ini sambutan Hari Belia mungkin diadakan di luar Kuching,” tambahnya.

Adalah amat menggembir­akan apabila melihat belia memberi sokongan padu kepada program-program seperti ini yang bertujuan agar mereka terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti sesi perkongsia­n, ceramah motivasi, pembinaan pasukan malah dalam sukan

permainan.” dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ?? TIDAK KEKOK: Dr Abdul Rahman melapah daging lembu pada majlis korban yang diadakan di Kampung Selang Ulu, semalam.
TIDAK KEKOK: Dr Abdul Rahman melapah daging lembu pada majlis korban yang diadakan di Kampung Selang Ulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia