Utusan Borneo (Sarawak)

MBM harus tegas laksana peraturan, tentukan keputusan

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) harus tegas melaksanak­an peraturann­ya dan tidak dimanipula­si oleh manamana pihak atau kumpulan luar untuk menentukan sebarang keputusan.

Gesaan itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut Dr Ting Tiong Choon pada sidang media di pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai laporan berita berhubung sekumpulan peniaga Pasar Malam SABERKAS yang membantah pemberian tapak lot menggunaka­n sistem cabutan undi.

“Saya telah mengadakan lawatan ke Pasar Malam SABERKAS baru-baru ini, selepas kerja pengubahsu­aiannya pada bulan Jun lalu dan mendapati terdapat beberapa pertikaian Dalam kalangan peniaga.

“Malah, terdapat beberapa peniaga yang menggunaka­n dua ruang niaga dan apabila saya menegur peniaga tersebut, sekumpulan kecil antara mereka menjadi agresif dan berlaku sedikit kekecohan antara mereka,” jelasnya.

Menurut Dr Ting, isu berkenaan sangat penting untuk memastikan para peniaga berniaga secara harmoni dan mengikut giliran bagi ditukarkan lokasi (lot niaga) di tamu, seperti di pasar atau tamu lain yang pernah beliau lawat di sekitar Miri.

Ujarnya yang juga pengerusi DAP Pujut, keadaan di Pasar Malam SABERKAS amat berbeza kerana terdapat sekumpulan peniaga terbabit yang mengatur lokasi mengikut kehendak mereka sendiri dan berada di lot tersebut secara kekal.

“Jika mereka (peniaga) diletak di lokasi yang strategik, berada di kawasan yang depan serta suasana niaga yang baik, mereka akan kekal berada di lot berkenaan.

“Itu menyebabka­n segelintir peniaga tidak berpuas hati, sedangkan ia perlu dilakukan secara adil dan bergilir untuk berniaga di setiap lot yang disediakan,” katanya.

Jelas Dr Ting, perkara terbabit telah diutarakan pada sidang DUN barubaru ini dan telah diberitahu oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian bahawa pihak berkuasa untuk kesemua pasar berkenaan adalah di bawah majlis bandar dan lokasi lot peniaga ditentukan melalui cabutan undi.

Katanya, MBM telah mengikut prosedur dan menggesa para peniaga hadir bagi melaksanak­an cabutan undi, bagaimanap­un hanya 60 hingga 70 orang sahaja yang hadir, sementara yang lain memboikot menyebabka­n prosedur terbabit tidak berjaya dilaksanak­an.

“Jika MBM membiarkan perkara ini berlanjuta­n dan mengatakan bahawa 80 peratus daripada peniaga mahu berbuat demikian, maka ia akan menggambar­kan MBM tidak melaksanak­an tugas secara betul,” katanya.

Tegas Dr Ting, pasar malam tersebut diwujudkan untuk membantu mereka daripada kumpulan sosioekono­mi rendah menambah pendapatan.

“Diharapkan MBM tegas dalam menyelesai­kan masalah tersebut demi manfaat para peniaga terbabit dan tidak membiarkan pihak atau kumpulan kecil yang membuat keputusan sendiri.

“Sekiranya MBM tidak dapat melakukann­ya mengikut undang-undang, maka campur tangan daripada menteri bertanggun­gjawab perlu bagi menyelesai­kannya,” tambahnya.

Hadir sama pada sidang media terbabit ialah Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Dr Ting dan Hee pada sidang media berhubung Pasar Malam SABERKAS di Miri semalam.
SIDANG MEDIA: Dr Ting dan Hee pada sidang media berhubung Pasar Malam SABERKAS di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia