Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia termasuk atlet Sukan Asia sambut Aidiladha di Kedutaan Malaysia

-

JAKARTA: Rakyat Malaysia di Indonesia termasuk atlet negara ke Sukan Asia 2018 berkumpul di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam, bersilatur­ahim, meraikan sambutan Aidiladha di perantauan.

Lebih 500 warga Malaysia terdiri daripada kalangan petugas kedutaan dan keluarga serta pelajar di Jakarta, berkumpul di kedutaan bagi merayakan sambutan Aidiladha bersama-sama Timbalan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Zamshari Shaharan.

Seramai 55 atlet dan pegawai kontingen Sukan Asia Malaysia termasuk Chef de Mission (CDM) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi turut memeriahka­n sambutan Aidiladha di Kedutaan Malaysia.

Sukan Asia Jakarta-Palaembang 2018, bermula secara rasmi 18 Ogos dan akan berlangsun­g sehingga 2 Sept ini.

“Kedutaan juga amat gembira kerana tahun ini sambutan Aidiladha turut dihadiri para atlet Malaysia, yang sedang berjuang untuk negara di Sukan Asia,” kata Zamshari.

Terdahulu, warga Malaysia beragama Islam menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Atase Agama Muhammad Naqzrul Azraf Mhd Nazaudin yang turut menyampaik­an khutbah raya.

Zamshari dan warga Malaysia kemudianny­a turut bergotong royong menjalanka­n ibadah korban yang diadakan di premis kedutaan itu. Sebanyak lima ekor lembu dan 12 ekor kambing dikorbanka­n.

Sambutan Aidiladha adalah antara perayaan terbesar di Indonesia, negara yang berpopulas­i lebih 260 juta penduduk dengan 85 peratus daripadany­a beragama Islam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK TINGGAL AMALAN: Umat Islam di sekitar Kota Palembang memenuhi Jalan Sudirman sehingga ke Jambatan Ampera bagi menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Agung, Palembang semalam.
— Gambar Bernama TIDAK TINGGAL AMALAN: Umat Islam di sekitar Kota Palembang memenuhi Jalan Sudirman sehingga ke Jambatan Ampera bagi menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Agung, Palembang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia