Utusan Borneo (Sarawak)

Penumpang akan lebih mudah merancang semula perjalanan: Loke

-

SEREMBAN: Syarikat penerbanga­n diminta memaklumka­n kepada penumpang mereka seawal mungkin berhubung pindaan waktu penerbanga­n susulan penutupan ruang udara sekitar Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke berkata ini bagi memudahkan para penumpang merancang semula perjalanan mereka.

Beliau berkata tiada sebarang pembatalan penerbanga­n akan dibuat susulan penutupan ruang udara sekitar KLIA dan klia2 selama lima hari bermula 27 Ogos untuk pertunjuka­n udara bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

“Saya harap syarikat penerbanga­n tolong maklumkan penumpang mereka mengenai perkara ini dan syarikat penerbanga­n sendiri perlu mengatur semula jadual penerbanga­n pesawat mereka,” katanya kepada pemberita pada program Serahan Jalur Gemilang di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Loke berkata penutupan ruang udara bagi program sambutan hari kemerdekaa­n itu bukanlah kali pertama dilakukan.

“Saya harap orang ramai dapat memberikan kerjasama kerana ini terpaksa dilakukan bagi menyambut hari kemerdekaa­n negara kita,” katanya.

Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) kelmarin memaklumka­n pe- nutupan sementara terhadap ruang udara sekitar KLIA dan klia2 selama lima hari adalah bagi tempoh bermula jam 9 pagi hingga 10.30 pagi berkuat kuasa mulai 27 sehingga 31 Ogos.

Dalam perkembang­an lain, Loke berkata pihak kementeria­n sudah mengenal pasti kaedah baharu pengendali­an Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Saya akan adakan perjumpaan dengan Jabatan Pengangkut­an Jalan sebelum ia dimuktamad­kan, kemudian baharu kita akan maklum (kepada umum),” katanya.

Loke sebelum ini mengumumka­n perjanjian konsesi dua syarikat yang mengendali­kan sistem AES sebelum ini akan tamat kontrak akhir bulan ini dan selaras dengan keputusan tersebut, semua saman AES yang dikeluarka­n sejak ia mula dilaksanak­an sehingga tarikh tamat perjanjian konsesi itu dibatalkan.

Berhubung pembatalan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Loke berkata kerajaan akan menambah baik landasan keretapi sedia ada bagi memastikan jaringan pengangkut­an penduduk di Pantai Timur lebih efektif.

“Walaupun ECRL dibatalkan namun kita beri jaminan kepada penduduk Pantai Timur bahawa mereka tidak akan diabaikan dan kita akan pastikan mereka mendapat jaringan pengangkut­an yang efektif,” katanya lagi. — Bernama

Saya harap orang ramai dapat memberikan kerjasama kerana ini terpaksa dilakukan bagi menyambut hari kemerdekaa­n negara kita. Anthony Loke Menteri Pengangkut­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia