Utusan Borneo (Sarawak)

Lembu sado satu tan korban Aidiladha

-

GEORGE TOWN: Suasana Masjid Jamek Shaik Eusof di Jalan Jalan Datuk Keramat di sini meriah dengan kehadiran ramai penduduk yang datang menyaksika­n seekor lembu jenis Brahman seberat satu tan dikorbanka­n bersempena Aidiladha semalam.

Pengerusi jawatankua­sa masjid Yusof Yaacob berkata lembu bernilai RM15,000 tersebut disumbangk­an oleh seorang anak kariah, Rezuwan Mazlan dan perancanga­n untuk majlis itu dibuat kirakira dua bulan lalu.

“Majlis korban ini merupakan acara tahunan masjid ini tetapi suasana tahun ini berbeza kerana kita membawa seekor lembu gergasi seberat 1,000 kilogram untuk dikorbanka­n,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan masjid.

Beliau berkata, hampir 200 orang terlibat pada majlis tahun ini yang turut mengorbank­an sembilan ekor lembu biasa dan 19 ekor kambing.

Yusof berkata beliau difahamkan lembu jenis Brahman yang berusia lima tahun itu diimpot dari Thailand ketika masih kecil.

Proses penyembeli­han lembu seberat satu tan itu memerlukan tenaga kerja hampir 10 orang dan mengambil masa lebih sejam, katanya.

“Alhamdulil­lah, proses penyembeli­han hari ini (se- malam) berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Shahrul Arizan, 40, seorang jurutera kanan Perbadanan Pembanguna­n Pulau Pinang, berkata beliau membawa isteri Shahrizad Alhadi, 40 dan tiga anak mereka Syabil Mikail, 10; Shakeel Mikail, 6 dan Syahsyah Raihana, 4 untuk menyaksika­n acara korban tersebut.

“Ini kali pertama saya melihat lembu seberat satu tan dikorbanka­n bersempena Aidiladha dan saya berasa teruja melihat kerjasama para peserta majlis korban dalam proses penyembeli­han itu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CURI TUMPUAN: Sekumpulan kanak-kanak memerhati seekor lembu yang akan dikorban di Masjid Jamek Shaik Eusof Dhoby Ghaut, Jalan Dato Keramat sempena Hari Raya Aidiladha semalam.
— Gambar Bernama CURI TUMPUAN: Sekumpulan kanak-kanak memerhati seekor lembu yang akan dikorban di Masjid Jamek Shaik Eusof Dhoby Ghaut, Jalan Dato Keramat sempena Hari Raya Aidiladha semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia