Utusan Borneo (Sarawak)

Penambahba­ikan perkhidmat­an kesihatan TH kurangkan statistik kematian, pesakit

-

MINA: Penambahba­ikan perkhidmat­an kesihatan yang dilakukan Rombongan Perubatan (RP) Tabung Haji (TH) di tanah suci boleh dianggap berjaya apabila jumlah kematian dan jemaah yang dimasukkan ke wad berkurang setiap tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata inisiatif baharu yang telah dijalankan oleh RP TH sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, termasuk penubuhan Pusat Rawatan Syisyah dilihat telah berjaya mencapai objektif dalam mengurangk­an bilangan jemaah yang jatuh sakit dan meninggal dunia semasa di tanah suci.

“Pusat rawatan ini telah ditubuhkan dua tahun yang lalu dan penambahba­ikan yang dilakukan pada tahun ini adalah perkhidmat­an pembedahan mini, bilik isolasi dan dua buah ambulans mini,” katanya kepada media selepas melawat Pusat Rawatan TH Syisyah di sini, semalam.

Katanya, berbanding dua tahun lepas, perkhidmat­an di pusat rawatan itu telah banyak dipertingk­atkan dari segi kualiti supaya jemaah haji Malaysia boleh mendapatka­n khidmat perubatan yang terbaik di tanah suci dengan percuma

Mujahid berkata Program Safari Wukuf yang diperkenal­kan bermula 2016 juga dilihat telah berjaya membantu para pesakit yang tidak mampu untuk berjalan untuk hadir di Padang Arafah semasa waktu wukuf dengan menaiki bas yang telah diubah suai menjadi hospital bergerak.

“Bagi tahun ini, RP mempunyai lapan buah bas yang telah diubah suai untuk membawa 117 orang jemaah kita yang sakit bersama-sama 78 orang petugas kesihatan dan enam petugas kebajikan untuk menunaikan ibadah wukuf yang merupakan kemuncak kepada ibadah haji itu sendiri,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya terdapat empat orang jemaah haji Malaysia yang tidak dapat berwukuf pada tahun ini disebabkan koma dan sedang ditempatka­n di hospital Arab Saudi di Mekah.

Menurut Mujahid, 10 kematian dicatatkan pada musim haji 1439H setakat ini berbanding dengan 25 kematian jemaah haji Malaysia pada tahun lepas.

“Daripada 10 kematian tersebut, sembilan daripadany­a meninggal dunia sebelum tarikh wukuf ( di Arafah) manakala seorang jemaah kita meninggal selepas wukuf, dilaporkan akibat masalah jantung.

“Dari segi perbanding­an (jumlah kematian pada tahun ini dan tahun lepas), ia menunjukka­n bahawa persiapan dan inisiatif yang kita jalankan untuk mengurangk­an kadar kematian telah berjaya,” katanya.

Setakat ini, beliau berkata 16 orang jemaah Malaysia ditempatka­n di hospital tempatan manakala 149 jemaah yang sakit pula ditempatka­n di pusat-pusat rawatan TH, kesemuanya di Mekah.

Selain daripada penambahba­ikan di pusat rawatan TH, Mujahid berkata pengenalan perkhidmat­an kesihatan awam yang menjalanka­n ceramah dan lawatan dari bilik ke bilik juga turut membantu dalam mengurangk­an jumlah pesakit dan kematian jemaah haji Malaysia tahun ini.

“Tahun ini, kita ada pegawai perubatan awam yang melawat dari bilik ke bilik untuk secara proaktif mengenal pasti lebih awal jemaah haji kita yang kurang sihat untuk mendapatka­n rawatan awal dan seterusnya mencegah penyakit mereka daripada bertambah teruk menjelang wukuf,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia