Utusan Borneo (Sarawak)

/ MB Perak ingatkan Exco agar berhati-hati ulas isu

-

TAPAH: Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu semalam mengingatk­an anggota Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) agar berhatihat­i dalam mengulas sebarang isu agar tidak bertentang­an dengan kepimpinan kerajaan.

Beliau juga berkata, sebaiknya Exco mengemukak­an pandangan mereka pada mesyuarat dan bukan secara terbuka kepada media khususnya berhubung isu sensitif seperti pemilikan tanah 999 tahun untuk kampung baharu.

“Saya rasa disiplin sebagai Exco perlu dibaiki dan mas- ing-masing perlu faham bila masanya kita perlu keluarkan pandangan dan sebagainya... bukan semua perkara kita boleh sebut sesuka hati.

“Tapi saya fikir ini pengalaman baharu bagi ramai orang termasuk saya. Perkara ini boleh dibaiki dan jangan tunjuk perbalahan dan perbezaan ini secara terbuka kepada umum, ini kurang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Al- Mukmin di Kampung Batu 3 di sini.

Mengulas perkembang­an berkaitan, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri akan mengadakan bengkel untuk mencari jalan dalam melaksanak­an manisfesto Pakatan Harapan di Perak termasuk membincang­kan isu tanah tersebut.

Katanya bengkel tersebut akan disertai mereka yang pakar termasuk dalam perlembaga­an dan bekas pegawai tinggi kerajaan.

Ini kerana katanya, terdapat pandangan berbeza berhubung isu tanah tersebut termasuk yang mengatakan langkah memberikan hak milik 999 tahun kepada penduduk kampung baharu melanggar Perlembaga­an Persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia